Los Angeles?
Lubok Antu.
Nama tempat pertama penempatan sekolah untukku.
Sekolah Kebangsaan Lubok Antu (17 Januari 2012 - setahun sahaja kot? Ameen)
Mengajar 28 masa.
7 mata pelajaran. Kalau tambah 1 mp, boleh jawab PMR. Kalau tambah lagi 1 mp, boleh jawab PMR di sekolah agama. He3...
Senarai mp:
1. KT - Kajian Tempatan (2 masa 6 Dahlia)
2. MK - Muzik (2 masa 5 Mawar)
3. MT - Matematik (7 masa 3 Ixora)
4. PJ - Pendidikan Jasmani (1 masa 4 Daisy)
5. PM - Pendidikan Moral (12 masa 4 Daisy & 6 Dahlia)
6. PS - Pendidikan Seni (2 masa 4 Kaktus)
7. SK - Sivik & Kewarganegaraan (2 masa 4 Kaktus)
Mengajar mengikut kemampuan. Yang penting tanggungjawab ditunaikan supaya gaji yang diterima halal dan diberkati.
Tugas selain mengajar: pembantu guru kelas 4 Kaktus
Tugas semasa MSSR (Majlis Sukan Sekolah Rendah): AJK Peralatan seperti mengangkat kerusi, meja, membuka khemah kecil, hurdle (lari berpagar).
Turut membantu semasa pertandingan akademik (action song, story telling, pidato, tarian) di dewan terbuka di bangunan baru yang akan diguna pada hujung bulan Februari 2012 seperti menyusun kerusi untuk peserta dan penonton, menyelenggara mikrofon untuk peserta, memasang lagu semasa waktu rehat (sound effect).
SKLA tuan rumah.
Tahniah kepada para pemenang!
Tahun 2013, SK Sebangki tuan rumah pula.
Pertandingan tarian 2 sekolah sahaja yang bertanding. SKLA perlu menghantar wakil pada tahun hadapan.
Di sini ramai orang Iban.
Orang Melayu sedikit (minoriti).
Sedang belajar sedikit-sedikit bahasa Iban.
p/s: ada hikmah ditempatkan di sini.
My journey lies beyond
My adventure begins now. I have nothing, if not belief.
Sunday, February 12, 2012
Friday, November 18, 2011
Nasihat Kubur
1) Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2) Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3) Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4) Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5) Aku yg menghimpitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan himpitan itu dgn SOLAT
6) Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dg PUASA..
7) Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILALLAH"

Sunday, April 24, 2011
Miss
Rindu padanya.
Walaupun baru berjumpa tetapi berasa ingin berjumpa lagi.
Entahlah sama ada dia selesa dengan aku atau tidak.
Suka berkawan dengan aku atau tidak.
Terpulanglah.
Dalam hati mengharapkan dia suka pada aku tetapi apabila tidak berapa melayan, aku rasa dia tidak suka aku kot.
Tidak mengapa. Kehidupan mesti diteruskan. Anggap sebagai kawan sahaja. Sentiasa berfikiran positif.
Yang paling penting, ingat kepada Yang Maha Berkuasa, Allah kerana Dia sentiasa berada di samping hambaNya.
Sentiasa tabah dan sabar.
Jangan ingat baru berkenalan, sudah tahu perangai sebenarnya 100%.
Mungkin si dia sudah bosan dan jemu dengan aku. X tau la.
Oh blog, kaulah tempat aku luahkan isi hatiku.

Monday, March 7, 2011
Dendam
Jangan disangka budak kecil apabila dimarahi, dipukul akan biarkan begitu sahaja pada keesokan harinya. Mereka juga boleh menjadi seperti remaja, dewasa & warga tua kerana apabila bergaduh, pasti mengambil masa yang lama untuk berbaik semula. Tidak pun bermusuh dan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.
Dendam yang ada sejak dari hari Jumaat masih berbekas di hati sampai hari ini, Isnin.
Orang yang dimaksudkan ialah muridku dari kelas 3 Damai.
Bagi murid perempuan, aku tidak menyentuh langsung.
Bagi murid lelaki yang nakal dan tidak mendengar cakap, aku tarik rambut kerana melalui cara itu tidak meninggalkan kesan dan tidak dapat menuduh guru yang mencederakan mereka.
Murid pada zaman sekarang memang tidak boleh diberi muka.
Guru yang mula-mula masuk perlu serius dan tidak terus senyum kerana apabila selalu senyum, murid akan besar kepala dan akan ingat bahawa cikgu baik dan boleh buat sesuka hati mereka semasa P & P .
Tetapi Alhamdulillah, walaupun tidak suka padaku, dia tetap datang ke sekolah. Kalau tidak datang, matilah aku nak jawab apa dengan GB dan ibu bapanya.
Selepas berbincang dengan guru kelasnya, Cikgu Punitha memang mengakui dia memang seorang pendendam.
Tips yang diberikan ialah apabila dia melakukan sesuatu yang baik daripada kawannya yang lain, pujinya supaya dapat mengambil hatinya kembali.
Kedua, abaikan. Dia akan berasakan perkara yang sudah berlaku perlu dibiarkan begitu sahaja. Kadang-kadang, apabila murid yang inginkan perhatian, mereka suka membiarkan guru memujuk mereka lama-lama. Itu dikira mengada-ngada. Cikgu tiada masa untuk melayan kerana banyak kerja lain yang perlu dibereskan.
Aku guna waktu rehat mereka selama 10 minit hari supaya mereka membuat pembetulan latihan yang salah buat.
Aku beritahunya supaya menyiapkan latihan yang diberi tetapi dia tak mahu buat.
Aku beritahu bahawa aku akan mengajar cara untuk mendapat jawapan tetapi tidak mahu juga.
Aku suruh pergi rehat tetapi tidak mahu.
Aku tanya ada duit tak. Dia beritahu tidak ada. Apabila aku hendak memberi RM1 supaya pergi makan di kantin, dia tidak mahu juga.
Kesilapan aku hari ini ialah aku berkata padanya bahawa berjanji tidak akan marah jika memberitahu apakah masalahnya tetapi tidak berkesan. Hal ini akan menyebabkan dia berasa dia boleh melakukan kesilapan lagi pada masa akan datang.
Hal ini merupakan pengalaman pertama aku untuk praktikum terakhir ini. Waktu praktikum 1 dan 2, tidak pernah jumpa murid seperti ini.
Tidak mengapa. Take it as the challenge because in the future there are a lot of challenges that I need to face which are harder and difficult than today.
Sebelum jumpa cikgu Punitha, memang berasa risau, tertekan dan takut juga!

Tuesday, February 22, 2011
Biyane
Minta maaflah kak Naja sebab tuduh kak ambil yearly plan bi.
Apalah Afiq. Cari betul-betul dulu la. Ni nak emo tak tentu pasal.
Kak Naja hanya senyum sahaja padaku.
Aduyai.
Afiq, lain kali, cari dahulu.
Apabila sudah jumpa yearly plan dalam buku teks BI tahun 4, aku terus masukkan ke dalam poket di dalam buku rekod.
Senang. Nak cari ka nak guna ka tengok ja dalam buku rekod mengajar tu.
Sempat lagi menulis. Gara-gara hujan, tak boleh main tenis sebab court basah dan licin! Bolehlah basuh baju. Lesson plan BI? Selepas itu...

Sunday, February 20, 2011
Buat kali terakhir
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepadaku pada hari Sabtu, 19 Februari 2011 iaitu memenangi pertandingan tenis kategori single bagi rumah Kenyalang.
Bagi perlawanan pertama, berjaya menewaskan Helang 8-3.
Bagi perlawanan kedua, berjaya menewaskan Rajawali 8-1.
Aku cuma pukul bola beri masuk dalam pihak lawan sahaja.
Tidak laju pun.
Serve pun jaga. Asalkan masuk selepas yang pertama tidak masuk.
Tujuan untuk menang ialah kerana tahun depan sudah tidak boleh menyertai lagi kerana Insyaallah, kalau dipanjangkan umur dan rezeki, sudah melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang guru.
Oleh sebab itu, mahu timbulkan kenangan manis semasa di IPG Kampus Pulau Pinang.
Pada tahun 2010, merupakan tahun pahit bagiku semasa Karnival Sukan kerana tewas semua tiga perlawanan.
Akhirnya, pada tahun ini dapat menebus kembali kekalahan yang lalu.
Terikat dengan Helang 1-1, Rajawali 1-1 dan Enggang 1-1.
Bermain sehingga cram kaki. Aduh. Tidak mengapa kerana berbaloi-baloi. He3...

Subscribe to:
Posts (Atom)