Tuesday, October 12, 2010

Geramnya...


Orang akan menjadi marah apabila berasa lapar dan menunggu seseorang untuk tempoh yang lama.

Apabila sudah marah, macam-macam akan terkeluar daripada mulut.

Istighfar @ ambil wuduk.

Lucky


Siapakah yang akan mendapat muffin yang aku hadiahkan?

4 orang akan mendapat muffin strawberi dan seorang akan mendapat muffin coklat.

Khas untuk orang yang baik denganku.

Walaupun tidak mahal, yang penting keikhlasan hati.

Harga muffin ini juga tidak terlalu murah tetapi mampu dibeli.

Sunday, October 10, 2010

Selamat bersara

Ingatkan lambat lagi sir akan bersara.

Sangat berharap sir akan observeku untuk praktikum 3.

Apa-apa pun, selamat bersara dan terima kasih atas mengajarku dan rakan-rakan grammar sewaktu semester 2 PPISMP pada tahun 2007.

Sir memang best, baik, sempoi, P & P yang mudah difahami dan having sense of humour in order to make sure that the class is not boring.

Banyak sungguh pensyarah lama yang telah dan akan bersara pada tahun ini.

Banyak pensyarah baru yang datang untuk meneruskan kecemerlangan institut pendidikan.

Kau datang dan pergi oh begitu saja...

Semuaku terima... apa adanya...

Daun keladi


Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Terima kasih kepada seorang kawan yang mengajakku untuk menemani makan tengah hari.

Aku pun belanja sesuatu.

Give and take.

Terima kasih juga kepada kawan yang sanggup bermain untuk rumah Kenyalang.

Tahniah atas kejayaan mendapat tempat ke-3 @ gangsa dalam beregu tennis.

Maafkan aku kerana tidak dapat menyumbang pingat untuk baiti.

May Allah bless you always.

Pasembor


Thanks to my roommate for driving his car and went with Azurin & me to Padang Kota.

When returning to institute, traffic jam.

Aarrgh!

Waiting for half an hour caused by what occasion that I did not know.

No need


Seseorang berkata bahawa aku tidak melakukan kerja.

Aku bertanya adakah tidak mengapa kamu membuat kerja banyak?

Dia berkata tidak mengapa.

Tetapi apabila di belakangku kau berkata lain yang aku malas untuk membuat kerja.

Apa kes?

Aku maafkan kepada sesiapa yang mengutuk diri ini yang serba kekurangan tetapi apabila kamu sendiri berkata di hadapanku ataupun orang lain yang memberitahu, hati yang baik menjadi sakit dan berasa marah.

Tidak mengapa kalau hendak mengutukku tetapi kalau boleh jangan sampai tahu.

Aku mengaku atas khilaf yang telah dilakukan.

Maafkan aku.

Tidak mengapa kerana dapat lebih mengenali pelbagai jenis watak manusia yang bergelar kawan.

Akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang.

Rossa Hati Yang Kau Sakiti

Sangat suka akan lagu kerana melodi dan lirik.

Nevermind

Minta maaf banyak-banyak kepada rumah Kenyalang kerana tidak dapat menghadiahkan sebarang pingat untuk perseorangan tennis pada hari ini, Ahad, 10.10.2010.

Badanku mungkin terkejut kerana terpaksa bermain liga dengan 3 set 8.

Mula-mula tewas 1-8 kepada rumah hijau, diikuti rumah kuning 6-8 dan 7-9 rumah merah.

Waktu bertanding dengan rumah kuning, kecederaan di kakiku berlaku.

This was my first experience facing this kind of problem.

Maybe I did not have enough stretching and warming up.

Tidak mengapa kerana dari awal aku telah menjangka bahawa perkara ini bakal berlaku.

Masih lagi perlu belajar kerana ilmu tennis tidak penuh di dada lagi.

Be positive always.

Don't give up.

Must take a rest for a few days to make my body becomes healthy before playing back with my friends.