Saturday, July 17, 2010

Sometimes...

Kadang-kala kita berasa bersemangat dalam melakukan sesuatu.

Kadang-kala kita berasa tidak ada semangat dalam melakukan sesuatu perkara.

Moodylah, sedihlah, kecewalah.

Macam-macam.

Apa-apa pun, marilah kita cuba dapatkan sokongan daripada ibu bapa, keluarga, adik-beradik, kawan karib dan yang paling penting berdoa dan berserah kepadaNya.

Terkezut!

Apabila hendak memulakan P & P Matematik Tahun 1 Mawar pada hari Jumaat, 17.7.2010 pada jam 8.40 pagi hingga 9.40 pagi untuk 1 jam, tiba-tiba Puan Teh Kim Hong masuk ke kelasku secara mengejut untuk menilaiku.

Aku ingatkan beliau hendak menelefonku terlebih dahulu sebelum diperhati tetapi rupa-rupanya "surprise" untukku.

Nasib baik la "lesson plan" & abm siap.

Kalau tak, "frust" menonggenglah aku apabila dapat markah rendah..

Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Perlu bersikap terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan komen yang membina kerana masih lagi berlatih untuk menjadi guru sebenar.

Perlu lebih bersiap-sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Kita mampu melakukannya.

Yang membezakannya adalah cepat @ lambat & rajin @ malas.

Monday, July 12, 2010

Maafkan aku...

Kerana mengganggumu...

Kerana terlalu obsesi...

Tetapi bukan gila...

Aku tidak mengganggumu di dunia luar...

Hanya di alam fantasi...

Dunia siber yang serba canggih...

Apabila tidak dihiraukan...

Aku sudah menjadi seperti biasa...

Masih normal...

Masih mengingatimu...

Tetapi jangan khuatir...

Ku tidak akan mengganggumu lagi...

Jika ada jodoh dan rezeki bertemu lagi...

Hanya senyuman terukir dibibir...

Andai diriku ini masih dikenalimu...

Semogamu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat...

Doaku untukmu...

Semoga dimakbul oleh Yang Maha Esa...

Teruskanlah

Walaupun apa-apa perkara atau kejadian yang telah berlaku atau terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari, hidup mesti diteruskan seperti biasa sehingga hembusan nafas terakhir atau ketika hayat dikandung badan.

Ada yang menghadapi kesedihan, keperitan, kedukaan, penderitaan, kesengsaraan yang penuh onak dan duri...

Ada yang menghadapi keseronokan, kegembiraan, nikmat

Ada yang berselang-seli...

Ada negatif yang banyak, positif sedikit...

Ada positif yang banyak, negatif sedikit...

Kehidupan setiap orang berbeza antara satu sama lain...

Ada kala bernasib baik, ada kala bernasib malang...

Sama-sama merasai... empati...

Selamilah... hayatilah...

Barulah mengerti akan keadaan atau perasaan seseorang....

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Pengalaman tidak boleh direka @ dicipta...

Tetapi perlu dialami...

Barulah menambah rempah-ratus dalam kehidupan...

Yang menjadi kenangan sampai bila-bila...

Friday, July 9, 2010

Praktikum 2

Tarikh: 28.6.2010-20.8.2010 (8 minggu)

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir

Kena ajar tahun 1 Mawar untuk Matematik & PJ dan 3 Melati untuk Matematik.

Pengalaman baru mengajar tahun 1.

Berharap dapat mengajar tahap 2 pada semester 7 tahun 2011. Amiin.

Guru pembimbing yang baik, suka menolong dalam penambahbaikan dan idea.

Perlu buat projek menampal kata-kata hikmah yang baru dengan Zul, Zulkifli dan Faizul.

Dulu di SK Sri Aman guru pembimbing tidak masuk ke kelas sewaktu guru pelatih mengajar.

Sekarang guru pembimbing SK Bukit Gambir perlu masuk semasa guru pelatih mengajar.

Bagus juga kerana dapat mengetahui kelemahan yang ada sebelum menjadi guru sebenar pada tahun 2012.

Diri sendiri pun akan lebih bersedia dalam membuat rancangan pengajaran, alat bantu mengajar dan latihan.

Ada dengar rintihan daripada kawan lain bahawa sekolah kali ini seronok dan ada yang tidak seronok.

Saya pun pernah mengalami tidak seronok juga.

Biasalah. Lain sekolah lain caranya.

Budayanya juga berbeza.

Alamilah sebagai menambah rempah-ratus dalam kehidupan guru pelatih semasa berpraktikum.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa


Selamat hari bapa ditujukan kepada abahku, Mohamad Ismail Bin Omar Ali, semoga selamat berada di KL, semoga sihat tubuh badan, berjaya dalam apa-apa yang dilakukan.

Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan.

Vietnam

Hari: Ahad-Rabu

Tarikh: 13-16.6.2010

Hotel menginap: Lan Anh Hotel

Tempat shopping: pasar malam & Ben Thanh Market

Apabila mencari teksi nak balik ke hotel, nampak seorang kanak-kanak tidur di koridor tepi Pasar Ben Thanh semasa hujan turun dengan lebat. Di manakah ibunya? Entahlah. Kesian. Kecil-kecil dah perlu berdikari. Kita perlu bersyukur kerana ada tempat untuk tidur.

Pemandu teksi yang tidak tahu jalan ke hotel penginapan. Kami meminta dia berhentikan kami. Apabila hendak membayar, dia tak mahu duit besar. Nak duit secukupnya. Abah, cikgu Arifin dan isteri berusahalah mencari duit kecil dan akhirnya berjaya juga. Takut juga sebab pemandu itu garang dan hanya bercakap dalam bahasa Vietnam sahaja. Manalah kami hendak faham. Saya pun sempat berkata di luar teksi sambil membuka pintu dalam keadaan hujan, "be patient, we won't run away, we'll pay you."

Teksi yang baik untuk dinaiki apabila hendak pergi jalan-jalan ialah Mielinh dan Vinasun kerana menggunakan meter.

Ada sebuah teksi yang selain Vinasun dan Mielinh menipu dengan menggandakan duit tambang. Kalau dalam Islam, haram tu.

Benda yang paling laku di Vietnam ialah hon kerana selalu sahaja mendengar bunyi hon.

Semasa perjalanan ke Delta Mekong, saya melihat ada jirat di tengah sawah padi. Cikgu Aziz memberitahu bahawa jirat itu sebagai tanda milik si mati untuk keturunan seterusnya.

Vietnam merupakan negara kedua yang dilawati selepas Satun, Thailand pada tahun 1998 semasa darjah 4 dan pertama kali melancong ke luar negara.

Perlu lebih berjimat-cermat selepas ini hendak kumpul duit untuk melancong ke luar negara.

Sungai Mekong merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.

Pasar Ben Thanh merupakan tempat beli-belah. Terdapat banyak barang yang boleh dibeli seperti beg tangan, penanda buku, kain sutera Vietnam, t-shirt, seluar, cenderamata.

Vietnam lebih selamat untuk dilawati daripada Thailand dan Indonesia.

Nasib baik ada restoran Islam di belakang masjid bersebelahan dengan Hotel Sheraton. Bolehlah makan malam di situ tetapi pekerja di restoran itu berpakaian seperti orang bukan Islam kerana memakai seluar pendek dan tidak memakai tudung.

Blazer satu set boleh ditempah dan dapat disiapkan dalam tempoh sehari.

Penduduk Vietnam yang mempunyai kereta bermaksud memang kaya-raya sungguh.

Kebanyakan penduduk Vietnam menggunakan motorsikal kerana tidak mampu untuk membeli kereta.

Ada penduduk Vietnam yang berpangkat tinggi menaiki motorsikal untuk ke tempat kerja.

Penduduknya mempunyai rumah besar tetapi hanya mempunyai motorsikal sahaja kerana kereta tidak dapat memasuki kawasan rumah dan tiada jalan besar. Hanya jalan kecil yang boleh dilalui oleh motorsikal.

Apabila di jalan raya, kenderaan perlu melalui jalan di sebelah kanan. Apabila hendak memotong, perlu ke sebelah kiri.

Kedudukan pemandu dalam kereta ialah di sebelah kiri.

5000 dong = RM1.00

Harap dapat melancong ke luar negara lagi kalau panjang umur, sihat tubuh badan, dan dimurahkan rezeki. Amiin. Kalau boleh, negara itu aman dan selamat untuk dilawati.

Oleh sebab itu, kena menyimpan duit dari sekarang dan perlu bersabar.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.