Sunday, September 26, 2010

Gatal pergi ajak...




Aku mengajak Azurin pada hari ini, Sabtu, 25.9.2010 untuk menonton wayang.

Pertama, kami pergi menonton filem Legend Of The Guardian: Ga Hoole di Cathay Cineplex, Prangin Mall.

Best cerita ini.

Selepas itu, kami pergi ke Padang Kota untuk menikmati pasembor selepas lama mengidam.

Dalam perjalanan pulang, terfikir untuk menonton Magika dan teruskan ke Queensbay Mall.

Pulang pada jam 9.00 malam.

Thursday, September 23, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ini, Rabu, 22.9.2010, di SAC, bermulalah...

Perjumpaan yang terpanjang dan lama...

Wow!

Dahsyatnya...

2.30 petang hingga 8.10 malam

Bayangkan berapa jumlah jam?

5 jam 40 minit.

Persatuan ini sangat aktif dalam institut.

Apabila tidak menyiapkan kerja yang diberi sebelum cuti hari raya, dia suruh buat bagi siap.

Bagi kumpulan yang tidak siap buat laporan logo dan moto kumpulan, dia suruh kumpulan aku tulis dalam satu tulisan tangan seorang sahaja.

Penat kami bahagi tugas untuk meringankan beban tangan yang lenguh untuk menulis.

Kesian kepada Luqman. I'm sorry Luqman. My fault. I admitted it. I thought I wanted to send tomorrow but this kind of woman cannot be play play.

Siapkan kerja yang tidak siap pada pukul 2.30 petang hingga 4.50 petang.

4.50 petang hingga 6.50 petang untuk perjumpaan kelab hari ini.

6.50 petang hingga 7.50 petang untuk ganti perjumpaan yang batal apabila refleksi praktikum diadakan pada hari Khamis, 26.8.2010.

Memang... Kami mengaku kami bersalah tetapi kenapa kamu tidak beri kami sembahyang Asar.

Nak pergi tandas pun tidak boleh.

Selepas meminta kebenaran lebih daripada sekali, barulah boleh keluar tetapi hanya untuk ke tandas sahaja.

Apa la.

Tak sensitif langsung pasal kaum lain.

Memang kamu mementingkan diri sendiri.

Kami tidak kisah kalau kamu nak denda kami, tetapi berilah kami sembahyang Asar.

Mentang-mentanglah single, tak available dah kot.

Pengajarannya ialah siapkan kerja sebelum bala menimpa.

Monday, September 20, 2010

Second last

Tahun ini, 2010 merupakan tahun kedua terakhir aku mendapat duit raya sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Alhamdulillah, dapatlah RM54.00.

Bolehlah nak topup.

Tahun depan, 2011 merupakan tahun terakhir.

Operation

Semoga pembedahan tok berjalan dengan lancar pada hari ini, Isnin, 20.9.2010 pada jam 1.30 tengah hari.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar selama 5 jam 30 minit.

Pembedahan tamat pada jam 7.00 malam.

Ya Allah, kurangkan kesakitan yang tok alami.

Semoga cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.

Ameen.

Saturday, September 18, 2010

Hati tak rela...

Petang ini, hari Sabtu, 18.9.2010, aku akan pulang ke Institut pada pukul 5.00 petang.

Berat nak balik.

Rasa nak duduk kat rumah lagi...

Siapa suruh?

Pada bulan Ramadhan yang lalu, aku dan Azurin pergi mengisi minyak kereta di Bukit Jambul.

Nak isi RM10 sahaja tetapi apabila diisi tiba-tiba terlebih pula.

Hairan.

Kenapa?

Orang cashier tu set macam mana tah.

Aku kata tak mahu bayar.

Siapa suruh set tak betul?

Bayarlah sendiri.

Reput

Kasihan kepada Tok.

Tulang kaki kanan patah sebab tulang reput.

Osteoporosis.

Insyaallah, hari Isnin, 20.9.2010, Tok akan dibedah dan dimasukkan besi yang berharga RM3800.00.

Mahal tu...

Tapi nak buat macam mana...

Cobaan...

Sabaq je la...

Kena simpan duit dan minum susu selalu.