Saturday, February 5, 2011

Mai Cafe

Pada hari Jumaat, 4.2.2011, aku sekeluarga pergi makan di Mai Cafe pada pukul 8.30 malam. Apabila tiba, kami melihat van TV3 datang. Rupa-rupanya krew Jalan-jalan Cari Makan. Aku pun tercari-cari dimanakah Serina tetapi akhirnya bukan dia yang menjadi pengacara. Orang lain. Pengacara baru. Lelaki. Tah. Tak kenal pun. Alhamdulillah, seronok dapat menikmati makanan dan minuman yang menyelerakan. Terima kasih abah sebab belanja kami sekeluarga. Sebab itulah abah sentiasa murah rezeki.

Ala, setahun sekali sahaja makan di Mai Cafe. tahun depan menu lain pula. Bolehlah rasa semua menu yang "HOT".

Rajin Malas

Apabila kita malas, tiada sesiapapun yang akan membantu membuat kerja kita.

Apabila kita rajin, orang akan menyukai kita dan akan meminta pertolongan. Kalau di tempat kerja, mesti menjadi harta yang berharta untuk disimpan sehingga pencen.

Akuarium & Tikus

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blogku, akhirnya terdetik di hati untuk berkongsi cerita terkini.

Pada hari Jumaat, 4.2.2011, apabila aku sedang memblender ais dan air sarsi untuk dijadikan ais blended sarsi di dapur, aku terdengar bunyi pecah kaca dan air jatuh berderai ke atas lantai. Aku pun pergi melihat bersama-sama keluargaku. Kami terkejut. Ya Allah! macam mana boleh berlaku sebegini. Waduh... Terpaksalah aku mengambil mop dan cam. Aku menggunakan cam untuk menolak air keluar dari rumah. Habis karpet, tikar buluh dan pengelap kaki basah. Terpaksalah mak dan adik mengangkat keluar untuk dijemur di atas penyidai dan buaian. Aku menyidai pengelap kaki di pagar.

Alhamdulillah, nasib baiklah musim kemarau iaitu panas tanpa hujan. Lega sebab cepat kering dan tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama. Nasib baiklah air yang ada dalam akuarium yang pecah itu baru diisi dengan air paip yang segar. Cuma ditambah dengan klorin untuk menghilangkan klorin. Semuanya berpunca untuk memindahkan ikan kelisa abahku daripada spesies "highback" dari akuarium 2 setengah kaki kepada 3 kaki. Boh lilin pula lepas ini abahku kerana terpaksa membeli akuarium baru. Sebenarnya, akuarium 3 kaki itu mengalami kebocoran dan abah menampalnya supaya tidak bocor. Mungkin kerana tidak dapat menahan beban, sebab itu pecah. Banjirlah sedikit di rumah walaupun musim kemarau.

Kisah seterusnya,tikus. Aku memang geli dengan tikus. Apabila pulang ke rumah selepas bermain tenis di Stadium Utama, berhampiran dengan waktu maghrib, mak beritahu bahawa seekor tikus masuk ke bilik Aiman. Eee...Apabila masukkeluar terpaksa menutup pintu untuk mengelakkannya keluar supaya mudah untuk menangkapnya. Mak mencari perangkap yang kecil tetapi tidak berjaya. Mak menggunakan perangkap besar dan meletakkan ikan masin.

Akhirnya, pada pagi Sabtu, 5.2.2011, akhirnya tikus berjaya ditangkap. Lega rasanya.

Hikmah akuarium pecah: supaya sentiasa rajin menyapu dan mengemop lantai.

Hikmah tikus masuk bilik: supaya rajin mengemas.

Friday, December 10, 2010

There's A Place For Us

TCONTVOTDT Clips


Book Of Incantations



Dark Island


Greedy Eustace


Magic Pond


Sea Of Lilies


Stealing Rations


The Invisible Dufflepuds


Transition To Narnia

Monday, November 29, 2010

HP7P1


Menonton pada hari Ahad, 21 November 2010 dengan Azurin, Aiman & 'Izzati di Alor Star Mall.

Jitra Mall Cinema lambat tayang. Baru tayang pada 27 November 2010.

Malas hendak menunggu lama.

Tonton pada jam 12.15 tengah hari.

Ok la. Ada babak yang buat bagi terkejut.

Part 2 lebih best rasanya.

Saturday, November 13, 2010

Early

Hujung bulan 10 aku sudah beritahu awal-awal.

Suruh hantar pada 11.11.2010, hari Khamis. Banyak hari tu...

Boleh ka beri alasan yang pelbagai?

Nak study la. Apa-apa la. Aku pun nak study juga.

Siap aku beri peluang lagi suruh hantar hari Isnin, 15.11.2010 ni.

Nasib baik la buat juga yang bahagiannya.

Aku ni bukanlah rajin sangat tetapi sebab tanggungjawab aku untuk menyusun dalam satu fail, aku laksanakan sebaiknya.

Bukan setiap orang kena hantar pun.

Satu fail sahaja satu kelas.

Tidak susah untuk melakukannya sebab untuk satu minggu dua orang yang perlu buat.

Bukan perlu pecah otak sangat pun.

Aku sangat kecewa dan terkilan.

Apabila dah hantar, boleh lagi perli: Afiq takut la tu... Aku pun diam ja tak kata apa-apa. Malas la nak bergaduh dengan orang macam ni. Tak akan selesai. Buat hati aku tak tenang ada la.

Sabar ja la.

Exam pun tak habis lagi.

Redha dengan apa yang berlaku.

Apa-apapun aku menasihati diriku sendiri dahulu bahawa aku perlu lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri apabila diberi sesuatu tugasan. Tidak kira lambat atau cepat, aku pasti buat sebab orang lain pun buat juga. Keadilan perlu ada untuk setiap orang. Mana adil kalau seseorang tidak buat, mesti orang lain pun akan kecil hati juga.

All the best & good luck to my friends who will sit last paper on this Monday. Pass with flying colours.

Walaupun rasa terkilan kerana waktu exam BI pada waktu petang, aku berasa ada hikmah di sebalik ini kerana aku boleh ulang kaji lagi pada waktu pagi.