Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru a.k.a. Happy Teacher's Day


Rasulullah bersabda maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang.” (Riwayat Abu Daud dan At -Tirmizi).

Allah berfirman maksudnya: “Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Majadalah: 1)

Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya.”

Imam Ahmad ibn Hambal pernah berkata kepada Khalaf al-Ahmar: “Aku tidak akan duduk kecuali di sampingmu. Beginilah kita disuruh supaya merendahkan diri kepada guru kita.”

Rasulullah bersabda bermaksud: “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu.” (Riwayat Abu Hurairah) (Berita Harian)

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengajar Afiq di Tadika Perpaduan Kemas (1994), Cikgu Rokiah, SK Stella Maris (1995-2000), Cikgu Yasmani, Cikgu Afidah, Cikgu Hashimi, Cikgu Meli, Cikgu Mawardi, Cikgu Zainudin, Cikgu Rozita (2 orang), Ustazah Hasnah, Ustazah Haliza, Cikgu Haniza, Cikgu Hanita, SMK Agama Arau (2001-2005), Cikgu Rosli, Cikgu Wan, Cikgu Aslina, Cikgu Mazni, Cikgu Mas'ad, Cikgu Yati, Cikgu Zahanim, Cikgu Latifah, Cikgu Juhaida, Cikgu Miza, Uztaz Yahya, Ustaz Juzaili, Ustazah Hamimah, Ustazah Misriyah, Ustazah Naimah, Ustazah Sharifah Hidayah, pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang, Madam Soo Hoo Soon Teng, Cik Suriah, Mr Teo Chuen Tick, Puan Faizah, Puan Salmah, Puan Sharinah, Mr Mohan, Madam Rokiah, Puan Khadijah, Encik Rosli, Miss Loke, Miss Rovena, Madam Lee Sui Sam, Puan Arbakyah, Puan Yasmin, Mr Rajoo, Mr Balachandran, Cik Noor Azli.

Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Tuesday, May 11, 2010

Bukan semua boleh digapai.

Setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.

Ada yang ingin baju baru, kasut baru, beg baru, jam baru dan macam-macam lagi tetapi sedarkah kita (peringatan untuk diri sendiri juga) bahawa bukan semua dapat dicapai dalam sekelip mata.

Ada yang tidak dapat langsung.

Ada yang dapat dengan cepat.

Ada yang dapat dengan lambat.

Setiap keinginan memerlukan usaha seperti hendak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Setiap keinginan memerlukan wang seperti membeli handphone baru dengan menyimpan @ menabung.

Setiap keinginan memerlukan masa seperti melakukan pertanian iaitu menanam sayur-sayuran, buah-buahan dll dalam mendapat keuntungan.

Jangan terlalu berharap kerana kelak takut kecewa berpanjangan sehingga menjejaskan prestasi kita semasa belajar dan bekerja.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu mak.

Syukur Alhamdulillah kerana mendapat ibu macam mak.

Mak telah beri kasih sayang, menjaga kebajikan anakanda seperti memasak makanan, membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memberi nasihat dan teguran berguna, mengambil Afiq di stesyen bas apabila pulang, dan lain-lain lagi yang tidak disebut.

Afiq berharap dapat menjadi insan berguna yang dapat membalas jasa mak selagi hayat dikandung badan.

Maafkan segala khilaf yang anakandamu telah lakukan.

Afiq akan cuba sebaik mungkin membaiki kesalahan yang telah dilakukan.

Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Kadang-kadang tidak sedar

A seorang yang jahat.

Dia ada dua orang kawan iaitu B dan C.

Apabila A bercakap dengan B, dia cakap benda yang buruk pasal C.

Apabila A bercakap dengan C, dia cakap benda yang buruk pasal B.

Itu dinamakan tikam dari belakang dan suka melagakan orang.

Bahaya manusia macam ini.

Berhati-hatilah.