Monday, November 29, 2010

HP7P1


Menonton pada hari Ahad, 21 November 2010 dengan Azurin, Aiman & 'Izzati di Alor Star Mall.

Jitra Mall Cinema lambat tayang. Baru tayang pada 27 November 2010.

Malas hendak menunggu lama.

Tonton pada jam 12.15 tengah hari.

Ok la. Ada babak yang buat bagi terkejut.

Part 2 lebih best rasanya.

Saturday, November 13, 2010

Early

Hujung bulan 10 aku sudah beritahu awal-awal.

Suruh hantar pada 11.11.2010, hari Khamis. Banyak hari tu...

Boleh ka beri alasan yang pelbagai?

Nak study la. Apa-apa la. Aku pun nak study juga.

Siap aku beri peluang lagi suruh hantar hari Isnin, 15.11.2010 ni.

Nasib baik la buat juga yang bahagiannya.

Aku ni bukanlah rajin sangat tetapi sebab tanggungjawab aku untuk menyusun dalam satu fail, aku laksanakan sebaiknya.

Bukan setiap orang kena hantar pun.

Satu fail sahaja satu kelas.

Tidak susah untuk melakukannya sebab untuk satu minggu dua orang yang perlu buat.

Bukan perlu pecah otak sangat pun.

Aku sangat kecewa dan terkilan.

Apabila dah hantar, boleh lagi perli: Afiq takut la tu... Aku pun diam ja tak kata apa-apa. Malas la nak bergaduh dengan orang macam ni. Tak akan selesai. Buat hati aku tak tenang ada la.

Sabar ja la.

Exam pun tak habis lagi.

Redha dengan apa yang berlaku.

Apa-apapun aku menasihati diriku sendiri dahulu bahawa aku perlu lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri apabila diberi sesuatu tugasan. Tidak kira lambat atau cepat, aku pasti buat sebab orang lain pun buat juga. Keadilan perlu ada untuk setiap orang. Mana adil kalau seseorang tidak buat, mesti orang lain pun akan kecil hati juga.

All the best & good luck to my friends who will sit last paper on this Monday. Pass with flying colours.

Walaupun rasa terkilan kerana waktu exam BI pada waktu petang, aku berasa ada hikmah di sebalik ini kerana aku boleh ulang kaji lagi pada waktu pagi.

Etika

Pada hari Rabu, 10.11.2010, aku hendak merealease tension exam dengan pergi jalan-jalan.

Aku pergi makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Wonderlite di Sungai Pinang.

Apabila hendak membayar, cashier tunjuk kepadaku harga yang perlu dibayar dengan kalkulator.

Aku pun melihat harga tersebut iaitu RM11.10 dan aku hulurkan RM12.00.

Cashier itu pun meminta kepadaku duit syiling 10 sen dan aku beritahu bahawa aku tidak ada.

Selepas itu, cashier tu boleh pula buat cakap kasar dengan aku.

Aku apa lagi, cakap kalau hendak berniaga, sediakan duit syiling secukupnya.

Sama sahaja dengan cafe institut.

Apa-apa pun, pelanggan tidak bersalah.

Jangan harap aku hendak pergi ke kedai makan itu lagi.

Monday, November 8, 2010

Semestinya pada setiap hujung semester


Ujianlah.

Buat apa belajar banyak pada setiap semester jika tidak ada peperiksaan.

All the best & good luck to all my friends who will sit for examination.

I hope all of you including me will pass with flying colours.

Jawab elok-elok, tenang, sabar. Insyaallah, kita boleh bergembira apabila tamatnya peperiksaan.

Summative assessment will be held at the end of semester.

Plus one


Hari ini, Isnin, 8 November 2010, bersamaan 1 Zulhijjah 1431H merupakan ulang tahun ke-22 kelahiranku di Bumi ini.

Syukur Alhamdulillah kepadamu Ya Allah kerana telah membenarkanku untuk hidup dan bernafas di dunia ini.

Semoga umur dan amalan sentiasa diberkatiNya, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, gembira, ceria, bahagia, dan berjaya dalam apa-apa yang dilakukan.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepadaku di Facebook. Walaupun hadiah tidak diberikan, aku berasa sangat terharu dan gembira. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Terima kasih kepada sahabat baikku, Ikhram kerana menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk "Cogito Allah Sum!" hasil nukilan Lalu Mohammad Zaenudin. Insyaallah, aku akan baca selepas peperiksaan akhir semester 6 ini. Nanti aku akan memberi hadiah kepada kamu, Ikhram. Tunggulah. Terima kasih juga kepada Ikram dan Fuad kerana datang ke bilik AM106 untuk ucap "selamat hari lahir". Terima kasih kepada Yong Yong yang menghantar mesej. Tahniah kerana menjadi penghantat mesej pertama!

Harapan untuk umur 22 tahun ini, dapat menjadi matang dari segi tingkah laku, pemikiran, lebih bersabar dalam menjalani liku kehidupan kerana langit tidak selalu cerah dan awan tidak selalu mendung dan terpilu.