Tuesday, October 26, 2010

Entah mengapa...

Diriku berasa kesunyian.

Seolah-olah hidup sendirian di dunia ini.

Hatiku tidak tenang.

Berasa kurang semangat.

Menangis tanpa mengeluarkan air mata.

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini atas khilaf yang telah dilakukan.

Mataku berair tetapi tidak menitis lagi.

Sunday, October 24, 2010

Be better next time

Ada perhatikan runner pertama masuk ke lorong lain sebelum bendera merah untuk 4 x 400 meter.

Lupa untuk mengangkat bendera kuning.

Kemenangan percuma untuk rumah itu.

Tindakan perlu cepat dan pantas selepas ini.

Friday, October 22, 2010

Ingatkan apa?

Nama penuh, i.c. dan kelas.

Untuk apa?

Ingatkan untuk pemilihan pemain.

Rupanya cadangan supaya gerko pada semester hadapan diadakan pada waktu pagi.

Licence

L = praktikum

P = sebelum pengesahan jawatan

Selepas P, baru menjadi guru sebenar.

Tuesday, October 19, 2010

Flag

Bertugas mengangkat bendera putih dan kuning untuk acara 200m, 400m, 4 x 100m dan 1500m untuk lelaki & wanita.

Seronok.

Ingatkan kena buat apa.

Tidak susah pun.

Perlu memastikan pelari tidak melalui lorong orang lain kecuali 1500m.

Bendera putih = tidak faul.

Bendera kuning = faul.

4 x 100m: - jika mengambil baton sebelum & selepas garisan kuning, dikira faul.
- perlu ambil dalam kawasan garisan kuning.
- jika terjatuh baton, pelari yang pertama perlu kutip & beri kepada pelari
seterusnya.

Monday, October 18, 2010

No rezeki

Sorry la Jin Kheng sebab tidak gunting rambut dengan you.

Maybe next year I gunting rambut dengan you balik.

I gunting di Prangin dekat dengan Parkson.

Katanya hairstylist sudah 20 tahun gunting rambut tapi aku berasa Jin Kheng lebih bagus daripada dia ni.

Malas nak datang hari ni, Isnin, 18.10.2010.

Hendak gunting kelmarin juga.

Apabila hendak gunting dengan Jin Kheng, air pula tidak ada.

Aduh.

Kalau panjang umur dan ada rezeki lebih, kita berjumpa lagi.

Selepas ini, kena berjalan sedikit ke Times Square.

Sunday, October 17, 2010

Meow

Ada 4 ekor kucing yang comel dan bulu kembang di rumahku.

Sebelum ini, banyak kucing yang telah dibuang kerana tidak mampu membela.

Hanya yang terpilih sahaja.

Pilih kasih.

B.A.J.C.

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

**

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhentiSampai nanti ku mati

Reff:

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku ‘kan mencoba
Tak perduli kau berkata
‘Tuk mau atau tidak

Saturday, October 16, 2010

Trailer The Voyage Of The Dawn Treader

Gara-gara


Kerana air tiada di blok Amra pada hari Jumaat, 15.10.2010, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Nasib baik Fuad & Fatin balik juga.

Bolehlah tumpang Fuad sampai Penang Sentral.

Thanks Fuad.

Selepas tanya Azurin, air sudah ada pada jam 7.00 malam pada hari yang sama.

Tidak mengapa.

Tok sudah berada di rumah.

Mak Cik & sekeluarga akan ke rumah petang ini.

Jangan ditolak


Kepada insan yang bertuah mendapat muffin yang aku hadiahkan, makanlah dengan gembira dan suka akan pemberian ini.

2 orang mungkin tidak tahu manakala 3 orang sudah tahu.

Thursday, October 14, 2010

Yellow


Kalau hendak mengguna highlight untuk mewarnakan isi-isi penting, warna yang paling sesuai ialah kuning.

Warna-warna lain seperti biru, hijau, pink dll kurang sesuai kerana menyebabkan mengantuk.

Adalah lebih baik menggaris menggunakan pensel kerana menggunakan highlight seperti memadam isi yang lain.

Itulah yang diceritakan oleh Madam Nurulnadia.

Tumpang...


Makan 10 pinggan.

Baru kenyang.

Kalau bukan promosi, jangan harap nak datang makan.

Pertama kali dalam hidup makan benda ini.

Jumlah yang perlu dibayar = RM23.00 termasuk cukai.

Nasib baik Yong Yong & Yee Ta ada kad ahli dan mereka berdua termasuk Syafiq & Azwan datang awal.

Aku, Azurin, Madi, Zira & Yani datang lambat tidak perlu beratur panjang.

Boleh duduk sejam sahaja kerana hari promosi.

Hendak bagi peluang orang lain makan pula.

Terima kasih kepada 8 kawan yang makan denganku pada hari Rabu, 13.10.2010.

Insyaallah kita makan buat kali terakhir sebelum bekerja pada tahun hadapan 2011.

Wednesday, October 13, 2010

Lega


Berjaya melepasi lompat jauh, 100 meter (14 saat rasanya) dan lontar peluru.

Alhamdulillah.

Dapat menyumbang 3 mata untuk rumah Kenyalang.

Yes!

Contribution

It is better for us as a teacher:

What can we do for our government?

Not

What can government do for us?

In Australia, Hong Kong & UK, we must pay for university fees for being a teacher but not in Malaysia.

So, as a Malaysian, we should be more grateful to what we get.

Ibu bapa pada zaman sekarang perlu ada dalam akaun minimum RM50000 untuk pendidikan anak-anak ke menara gading.

Ada, jalan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila melihat seseorang mempunyai sesuatu, kita pun teringin tetapi melihat kepada bajet yang ada.

Ada sahaja wang, kita boleh membeli benda yang kita suka.

Kamera?

Fast food?

Shopping?

Apabila cerita kepada orang tua, mereka akan berkata buat apa beli? membazir sahaja.

Hal ini kerana pada zaman dahulu, mereka berjimat-cermat kerana hidup susah.

Bukan seperti kita pada zaman sekarang.

Banyak kemudahan yang disediakan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana ada orang lain tidak ada apa yang kita ada.

Nyawa dan oksigen tidak boleh dibeli kerana nikmat ini hanya dikurniakan oleh Allah.

Tuesday, October 12, 2010

Bertukar

1. Malayan Teacher College (MTC)

ada orang berkata (tidak boleh beritahu), makan tidur cuti. he3...

2. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

3. Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

4. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Persekutuan Pulau Pinang.

5. Latest, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Sekarang, institut sedang memohon supaya namanya menjadi Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang.

We will wait and see the result.

Sempat untuk nombor 3, 4 & 5.

My memory

Tidak mengapa jika tidak mempunyai kereta atau motorsikal kerana apabila sudah bekerja sudah mampu membeli kereta dan motor walaupun tidak secara tunai.

Bayar bulan-bulan.

Berjalan dapat bersenam.

Menuju ke tempat yang diingini.

Tidak mengapa membasuh baju menggunakan kudrat daripada tangan berbanding menggunakan mesin basuh dengan menabung sebanyak RM3.00 kerana apabila bergaji sudah mampu membeli mesin basuh.

Berasa lenguh dan letih tetapi lama-kelamaan sudah lali dan biasa.

Tidak mengapa tidak menyewa rumah di luar kerana tidak mampu dan tahap keselamatan yang diragui kecuali terpaksa...

Tinggal di asrama lebih dekat dengan kelas.

Belajar di tempat yang bertuah dan paling strategik di Malaysia kerana berhampiran dengan Tesco.

Lupa bawa balik barang pun tak mengapa kerana boleh berpatah semula.

Teringat pula membeli sos cili Life dan terlupa membawa balik.

Nasib baik cashier letak di kaunter lagi. Syukur.

Bukit Coombe, jika dijual untuk pembinaan hotel, maka institut berada di Bayan Lepas. Lega. Tak mau... Jauh tu...

Spread

Apabila sedang berlawan dengan Amin, ibu kaki terkepak masuk ke dalam.

Berasa sakit pula di atasnya.

Apabila sudah selesai permainan, berasa sakit tangan, belakang, bawah paha.

Aduh!

Sapulah bam dan Alhamdulillah, kuranglah sedikit.

Sakit belakang pun berasa lagi dan tidak boleh berjalan laju.

Macam mana hendak sertai sukantara esok?

Tawakal sahaja.

Biasalah...

Hidup tidak akan penuh berwarna-warni jika tidak bergaduh.

Insyaallah, lama-kelamaan akan baik juga.

Cemburu tetap ada tetapi tidaklah sehingga memalukan, mencederakan kamu di khalayak ramai.

Hanya pendam di hati.

Apabila menghadapi sesuatu masalah, berasa seperti duduk berseorangan tetapi mesti ingat bahawa Maha Pencipta & Berkuasa melihat dari atas segala gerak-geri dan tindak-tanduk yang dilakukan setiap masa, siang, pagi, petang, tengah hari, senja dan malam.

Semoga sentiasa tabah dan sabar.

Kadang-kala sedih kadang-kala gembira.

Kadang-kala gembira, kadang-kala sedih.

Kadang-kala bernasib malang, kadang-kala bernasib baik.

Kadang-kala bernasib baik, kadang-kala bernasib malang.

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

Geramnya...


Orang akan menjadi marah apabila berasa lapar dan menunggu seseorang untuk tempoh yang lama.

Apabila sudah marah, macam-macam akan terkeluar daripada mulut.

Istighfar @ ambil wuduk.

Lucky


Siapakah yang akan mendapat muffin yang aku hadiahkan?

4 orang akan mendapat muffin strawberi dan seorang akan mendapat muffin coklat.

Khas untuk orang yang baik denganku.

Walaupun tidak mahal, yang penting keikhlasan hati.

Harga muffin ini juga tidak terlalu murah tetapi mampu dibeli.

Sunday, October 10, 2010

Selamat bersara

Ingatkan lambat lagi sir akan bersara.

Sangat berharap sir akan observeku untuk praktikum 3.

Apa-apa pun, selamat bersara dan terima kasih atas mengajarku dan rakan-rakan grammar sewaktu semester 2 PPISMP pada tahun 2007.

Sir memang best, baik, sempoi, P & P yang mudah difahami dan having sense of humour in order to make sure that the class is not boring.

Banyak sungguh pensyarah lama yang telah dan akan bersara pada tahun ini.

Banyak pensyarah baru yang datang untuk meneruskan kecemerlangan institut pendidikan.

Kau datang dan pergi oh begitu saja...

Semuaku terima... apa adanya...

Daun keladi


Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Terima kasih kepada seorang kawan yang mengajakku untuk menemani makan tengah hari.

Aku pun belanja sesuatu.

Give and take.

Terima kasih juga kepada kawan yang sanggup bermain untuk rumah Kenyalang.

Tahniah atas kejayaan mendapat tempat ke-3 @ gangsa dalam beregu tennis.

Maafkan aku kerana tidak dapat menyumbang pingat untuk baiti.

May Allah bless you always.

Pasembor


Thanks to my roommate for driving his car and went with Azurin & me to Padang Kota.

When returning to institute, traffic jam.

Aarrgh!

Waiting for half an hour caused by what occasion that I did not know.

No need


Seseorang berkata bahawa aku tidak melakukan kerja.

Aku bertanya adakah tidak mengapa kamu membuat kerja banyak?

Dia berkata tidak mengapa.

Tetapi apabila di belakangku kau berkata lain yang aku malas untuk membuat kerja.

Apa kes?

Aku maafkan kepada sesiapa yang mengutuk diri ini yang serba kekurangan tetapi apabila kamu sendiri berkata di hadapanku ataupun orang lain yang memberitahu, hati yang baik menjadi sakit dan berasa marah.

Tidak mengapa kalau hendak mengutukku tetapi kalau boleh jangan sampai tahu.

Aku mengaku atas khilaf yang telah dilakukan.

Maafkan aku.

Tidak mengapa kerana dapat lebih mengenali pelbagai jenis watak manusia yang bergelar kawan.

Akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang.

Rossa Hati Yang Kau Sakiti

Sangat suka akan lagu kerana melodi dan lirik.

Nevermind

Minta maaf banyak-banyak kepada rumah Kenyalang kerana tidak dapat menghadiahkan sebarang pingat untuk perseorangan tennis pada hari ini, Ahad, 10.10.2010.

Badanku mungkin terkejut kerana terpaksa bermain liga dengan 3 set 8.

Mula-mula tewas 1-8 kepada rumah hijau, diikuti rumah kuning 6-8 dan 7-9 rumah merah.

Waktu bertanding dengan rumah kuning, kecederaan di kakiku berlaku.

This was my first experience facing this kind of problem.

Maybe I did not have enough stretching and warming up.

Tidak mengapa kerana dari awal aku telah menjangka bahawa perkara ini bakal berlaku.

Masih lagi perlu belajar kerana ilmu tennis tidak penuh di dada lagi.

Be positive always.

Don't give up.

Must take a rest for a few days to make my body becomes healthy before playing back with my friends.

Friday, October 8, 2010

Tara!

Mood aku pada hari Khamis, 7.10.2010 berubah menjadi senyap dan tidak baik kerana dikritik banyak untuk mikroteaching BI.

Memang aku akui banyak kesilapan dan menjadi guru Bahasa Inggeris bukanlah semudah yang disangkakan walaupun sekolah kebangsaan.

Berasa macam nak mengajar mata pelajaran Sivik sahaja daripada BI tetapi apakan daya, apabila sudah ditetapkan, hanya perlu ikut sahaja kerana wajib.

Aku suka akan bahasa antarabangsa ini tetapi untuk mengajarnya memerlukan aku lebih kreatif.

Tidak mengapa kerana itulah proses pembelajaran.

Orang yang telah lama mengajar pasti mempunyai idea dan pengalaman yang banyak.

Moodyku ini berubah menjadi 5 bintang (gembira) apabila kumpulan Champion untuk English Language Society telah menjadi juara untuk aktiviti boogle dan hangman.

Seronok sangat.

Berasa sangat bernasib baik hari ini.

Syukur Alhamdulillah.

Walaupun ELS selalu diadakan berbanding persatuan lain, pada pandangan, aku berasa aku telah memperoleh ilmu iaitu idea yang banyak mengenai aktiviti yang boleh dijalankan apabila di sekolah kelak supaya murid-murid gembira dan seronok belajar BI.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya. (Albert Calmus)

Eating

Untuk menuntut bayaran makanan sebanyak RM10 perlu perjalanan melebihi 25km dan 8 jam.

IPG Kampus Pulau Pinang.

Wednesday, October 6, 2010

Voice, listen to me


di sini aku masih sendiri


merenungi hari-hari sepi


aku tanpamu, masih tanpamu


bila esok hari datang lagi


ku coba hadapi semua ini


meski tanpamu oooh


meski tanpamu


bila aku dapat bintang yang berpijar


mentari yang tenang bersamaku disini


ku dapat tertawa menangis merenung


di tempat ini aku bertahan


reff:


suara dengarkanlah aku


apa kabarnya pujaan hatiku


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku


apakah aku slalu dihatinya


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


dan ku masih tetap disini


ku lewati semua yang terjadi


aku menunggumu, aku menunggur


eff2:


suara dengarkanlah aku


apa kabarnya pujaan hatiku


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku


apakah aku ada dihatinya


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


repeat reff


suara dengarkanlah aku
aku sangat suka lagu ini kerana melodi dan liriknya yang menyentuh kalbu.
jiwang pun jiwanglah.
who cares?
take care.

sinneT

Waduuh!

Setelah sekian lama tidak bermain sukan yang paling aku cintai, mulalah berkarat.

Perlukan latihan lagi dan sentiasa berusaha belajar kemahiran yang lain.

Perlu lebih bertenang apabila memukul bola.

Tidak boleh terlalu ghairah untuk kelajuan kerana kemungkinan akan terkeluar @ tersangkut di jaring.

Forehand & backhand ok la.

Tetapi serve, volley, drop, lob masih tidak berjaya mempelajarinya lagi.

Tidak cekap la tu...

Kalaulah institut mempunyai bajet yang banyak, ingin sahaja aku mohon supaya gelanggang dibuat semula supaya lebih selamat untuk bermain.

Kalaulah mampu, ingin saja berlatih dengan coach.

Tunggulah apabila kerja nanti.

Insyaallah kalau bekerja di Perlis, negeri yang aku tulis untuk posting.

Justine Henin, kau membuktikan bahawa saiz fizikal tidak menghalang menjadi pemain tenis nombor 1 dunia suatu ketika dahulu.

Sebab itu aku amat meminati tennis dan dapat menolak tanggapan bahawa tidak kira apa pun keadaan kita, masih lagi berupaya untuk melakukannya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan ini kurang popular di kalangan kawan-kawanku kerana mereka lebih meminati bola sepak.

Sukan ini juga memerlukan kos yang tinggi berbanding sukan popular, bola sepak kerana perlu membeli kasut yang sesuai, raket dan bola.

Nasib baik bola tennis yang harganya berpatutan dan murah dari kedai yang ditemui iaitu di Tesco Jelutong.

Wilson, 3 biji bola = RM11.50.

Dunlop, sama juga bilangannya seperti Wilson = RM12.50.

Kalau kedai lain, hampir RM20 la jawabnya.

Syukur dapat belajar di sini.

Alhamdulillah.

Mood







Kadang-kadang baik.

Kadang-kadang tidak.

Entahlah.

Apabila ada gangguan, pasti mood seseorang akan berubah.

Diriku ingin sentiasa berada mood yang baik.

Saturday, October 2, 2010

Red Car


Hari Jumaat, 1.10.2010, aku pulang ke rumah setelah 2 minggu tidak pulang.

Pulang bersama-sama Hadi, Acik, Ju, Husna & Ati (sampai stesyen bas Penang Sentral) dengan kereta Ju.

Hadi memandu.

Hantar Hadi dahulu diikuti aku.

Hari Sabtu, 2.10.2010, aku melawat tok di hospital.

Fault

Aku bertanya kepada kawanku sama ada sudah ada kumpulan atau tidak.

Beliau berkata tidak ada lagi dan ingin berkumpulan denganku.

Aku pun setuju.

Keesokan harinya, ada seorang kawan lain ajak aku berkumpulan dan terus aku kata ya.

Aku mengaku memang salah aku.

Aku minta maaf banyak-banyak.

Lain kali tidak perlu berkumpulan dengan aku kerana tidak tetap pendirian.

Peringatan untuk aku: lain kali apabila sudah merancang untuk berkumpulan dengan seseorang,
perlulah tetap pendirian.