Friday, October 8, 2010

Tara!

Mood aku pada hari Khamis, 7.10.2010 berubah menjadi senyap dan tidak baik kerana dikritik banyak untuk mikroteaching BI.

Memang aku akui banyak kesilapan dan menjadi guru Bahasa Inggeris bukanlah semudah yang disangkakan walaupun sekolah kebangsaan.

Berasa macam nak mengajar mata pelajaran Sivik sahaja daripada BI tetapi apakan daya, apabila sudah ditetapkan, hanya perlu ikut sahaja kerana wajib.

Aku suka akan bahasa antarabangsa ini tetapi untuk mengajarnya memerlukan aku lebih kreatif.

Tidak mengapa kerana itulah proses pembelajaran.

Orang yang telah lama mengajar pasti mempunyai idea dan pengalaman yang banyak.

Moodyku ini berubah menjadi 5 bintang (gembira) apabila kumpulan Champion untuk English Language Society telah menjadi juara untuk aktiviti boogle dan hangman.

Seronok sangat.

Berasa sangat bernasib baik hari ini.

Syukur Alhamdulillah.

Walaupun ELS selalu diadakan berbanding persatuan lain, pada pandangan, aku berasa aku telah memperoleh ilmu iaitu idea yang banyak mengenai aktiviti yang boleh dijalankan apabila di sekolah kelak supaya murid-murid gembira dan seronok belajar BI.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya. (Albert Calmus)

No comments:

Post a Comment