Tidak mengapa jika tidak mempunyai kereta atau motorsikal kerana apabila sudah bekerja sudah mampu membeli kereta dan motor walaupun tidak secara tunai.
Bayar bulan-bulan.
Berjalan dapat bersenam.
Menuju ke tempat yang diingini.
Tidak mengapa membasuh baju menggunakan kudrat daripada tangan berbanding menggunakan mesin basuh dengan menabung sebanyak RM3.00 kerana apabila bergaji sudah mampu membeli mesin basuh.
Berasa lenguh dan letih tetapi lama-kelamaan sudah lali dan biasa.
Tidak mengapa tidak menyewa rumah di luar kerana tidak mampu dan tahap keselamatan yang diragui kecuali terpaksa...
Tinggal di asrama lebih dekat dengan kelas.
Belajar di tempat yang bertuah dan paling strategik di Malaysia kerana berhampiran dengan Tesco.
Lupa bawa balik barang pun tak mengapa kerana boleh berpatah semula.
Teringat pula membeli sos cili Life dan terlupa membawa balik.
Nasib baik cashier letak di kaunter lagi. Syukur.
Bukit Coombe, jika dijual untuk pembinaan hotel, maka institut berada di Bayan Lepas. Lega. Tak mau... Jauh tu...
No comments:
Post a Comment