Friday, August 28, 2009

Kasut kuliah lekang

Pada 21.8.2009 hari Jumaat yang lalu, aku pergi kuliah lambat gara-gara kasut kuliah lekang.
Kelam-kabut dibuatnya.
Selepas berfikir dengan bantuan roommate, aku mengambil keputusan untuk memakai sandal.
Apabila tiba di kelas, kawan-kawan memandang aneh padaku dan aku berterus-terang kepada mereka bahawa kasutku lekang.
Mereka ketawa kepadaku dan aku tak terasa pun.
Aku pun ketawa juga.
Pada hari Rabu, 26.8.2009, akhirnya, aku dapat jejakkan kaki ke Pacific Alor Setar setelah sekian lama tidak pergi ke sana.
Tujuannya nak cari kasut baru tetapi tiada yang berkenan di hati.
Pergi ke sana bukan nak membeli kasut tetapi membeli tali pinggang sebab tali pinggang lama sudah uzur dan tak sesuai digunakan lagi.
Tali pinggang itu sebenarnya boleh dipakai tetapi setelah ramai yang mengkritik, aku berasa perlu untuk menukarkan dengan yang baru.
Tidak mengapalah terpaksa membayar lebih asalkan aku puas hati.
Di samping menemani keluargaku membeli-belah pakaian raya, aku juga berjalan-jalan meninjau barang apa yang menarik.
Kalau nak membeli-belah, sesuailah membeli pada bulan ini kerana ada jualan mega.
Sedang merancang hendak membeli apa apabila jualan mega diadakan pada tahun depan, 2010.
Pada hari Khamis, 27.8.2009, aku pergi hantar kasut kepada tukang kasut di belakang Al-Ikhsan dengan abahku.
Tukang kasut itu beritahu bahawa aku boleh mengambilnya pada hari Sabtu, 29.8.2009 pada waktu petang.
Apabila hari Sabtu petang, aku hendak mengambil kasutku tetapi dia kata tak jahit lagi.
Geram aku dibuatnya.
Aku pergi ambil pada jam 5.00 petang dan terpaksa menunggu pula 1 jam.
Pukul 6.00 petang baru boleh ambil kasut dan perlu bayar rm12.00.

Wednesday, August 26, 2009

Ayam jantan

Hei ayam jantan.
Dari manakah kau datang?
Dasar tetamu yang tak diundang.
Dah la buang air besar merata-rata.
Baunya pula bak "harum sundal malam" merata-rata.
Ish! Nak buat macam mana ni?
Tangkap sembelih sat gi ha....
Sebab itulah ayam tak tahu nak lintas jalan kerana tak pergi sekolah!
Sesiapa yang cekap, tolong tangkap.
Susah sungguh nak menangkapnya.
Memerang pun tak boleh apatah lagi diriku ini.

Kucing

Kucing oh kucing....
Kenapakah kau buat hal?
Sekarang, perut kau sudah boyot.
Tak lama lagi beranak la kau.
Sebelum kau bersalin, bersiap sedialah untuk dipindahkan ke pasar kerana itulah tempat yang sesuai bagi kau.
Rasa kasihan itu ada tetapi sudah tidak mahu menanggung lagi kerana kau ada empat ekor anak yang seekor daripadanya akan dibuang seperti kau.
Tak larat nak bagi makan Frieskies dah.
Jenuh nak beli.
Nak bela tiga ekor yang terpilih sudah.

Buang 5 ekor kucing di pasar pada hari Sabtu, 8.5.2010.

Angsa

Angsa di rumahku ada 4 ekor.
Keempat-empat ekor suka makan nasi.
Nasi yang diberikan perlu digaul dengan air supaya memudahkan angsa-angsa makan. Nasi yang dimasak perlu lembut dan tidak boleh keras.
Kadang-kadang abahku memberi kangkung untuk makanan tambahan kerana mereka sudah makan habis rumput di kawasan mereka dikurung di tepi dan belakang rumahku.
Menurut orang yang membela angsa, angsa diberi makan nasi bercampur garam sedikit supaya angsa akan lebih mengenali tuannya.
Aku juga ada mendengar bahawa angsa terdiri daripada dua jenis iaitu bersaiz kecil dan besar. Pantang angsa ialah tidak boleh menunjukkan kaki yang hendak menendangnya kerana angsa akan marah.
Sekarang, sepasang angsa dijual dengan harga rm100.00.
Mahal kerana susah untuk didapati.
Orang kata daging angsa sedap tapi aku tak pernah rasa lagi. Seekor angsa abahku beli di Sungai Padang dengan harga rm50.00 seekor dan sepasang lagi di Padang Perahu dengan harga rm100.00.
Punca abahku beli angsa kerana nak bagi angsa jantan yang seekor lagi ada teman.
Pasangannya yang dahulu hilang entah ke mana apabila mengeram telur.
Sebelum membeli 3 ekor angsa, angsa jantan tersebut pergi berkawan dengan angsa jiran hingga tak mau balik rumah selama beberapa hari.
Aku dan abah berusaha mencari angsa di seluruh Perlis dengan bertanyakan orang.
Najis angsa yang mempunyai sulfur dikatakan dapat mengelakkan ular daripada masuk ke kawasan rumah.
Bunyi angsa yang kuat dapat membantu kita ketahui siapa yang datang rumah.

Semua yang aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri.

Syukur Alhamdulillah

Terima kasih yang tidak terhingga kepada hamba Allah yang sangat pemurah menghadiahkan beberapa pendingin hawa kepada Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Perlis Indera Kayangan. Semoga beliau sentiasa murah rezeki.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=567)

Kalau mampu, sama-samalah kita bersedekah dengan hati yang ikhlas.