Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa


Selamat hari bapa ditujukan kepada abahku, Mohamad Ismail Bin Omar Ali, semoga selamat berada di KL, semoga sihat tubuh badan, berjaya dalam apa-apa yang dilakukan.

Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan.

Vietnam

Hari: Ahad-Rabu

Tarikh: 13-16.6.2010

Hotel menginap: Lan Anh Hotel

Tempat shopping: pasar malam & Ben Thanh Market

Apabila mencari teksi nak balik ke hotel, nampak seorang kanak-kanak tidur di koridor tepi Pasar Ben Thanh semasa hujan turun dengan lebat. Di manakah ibunya? Entahlah. Kesian. Kecil-kecil dah perlu berdikari. Kita perlu bersyukur kerana ada tempat untuk tidur.

Pemandu teksi yang tidak tahu jalan ke hotel penginapan. Kami meminta dia berhentikan kami. Apabila hendak membayar, dia tak mahu duit besar. Nak duit secukupnya. Abah, cikgu Arifin dan isteri berusahalah mencari duit kecil dan akhirnya berjaya juga. Takut juga sebab pemandu itu garang dan hanya bercakap dalam bahasa Vietnam sahaja. Manalah kami hendak faham. Saya pun sempat berkata di luar teksi sambil membuka pintu dalam keadaan hujan, "be patient, we won't run away, we'll pay you."

Teksi yang baik untuk dinaiki apabila hendak pergi jalan-jalan ialah Mielinh dan Vinasun kerana menggunakan meter.

Ada sebuah teksi yang selain Vinasun dan Mielinh menipu dengan menggandakan duit tambang. Kalau dalam Islam, haram tu.

Benda yang paling laku di Vietnam ialah hon kerana selalu sahaja mendengar bunyi hon.

Semasa perjalanan ke Delta Mekong, saya melihat ada jirat di tengah sawah padi. Cikgu Aziz memberitahu bahawa jirat itu sebagai tanda milik si mati untuk keturunan seterusnya.

Vietnam merupakan negara kedua yang dilawati selepas Satun, Thailand pada tahun 1998 semasa darjah 4 dan pertama kali melancong ke luar negara.

Perlu lebih berjimat-cermat selepas ini hendak kumpul duit untuk melancong ke luar negara.

Sungai Mekong merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.

Pasar Ben Thanh merupakan tempat beli-belah. Terdapat banyak barang yang boleh dibeli seperti beg tangan, penanda buku, kain sutera Vietnam, t-shirt, seluar, cenderamata.

Vietnam lebih selamat untuk dilawati daripada Thailand dan Indonesia.

Nasib baik ada restoran Islam di belakang masjid bersebelahan dengan Hotel Sheraton. Bolehlah makan malam di situ tetapi pekerja di restoran itu berpakaian seperti orang bukan Islam kerana memakai seluar pendek dan tidak memakai tudung.

Blazer satu set boleh ditempah dan dapat disiapkan dalam tempoh sehari.

Penduduk Vietnam yang mempunyai kereta bermaksud memang kaya-raya sungguh.

Kebanyakan penduduk Vietnam menggunakan motorsikal kerana tidak mampu untuk membeli kereta.

Ada penduduk Vietnam yang berpangkat tinggi menaiki motorsikal untuk ke tempat kerja.

Penduduknya mempunyai rumah besar tetapi hanya mempunyai motorsikal sahaja kerana kereta tidak dapat memasuki kawasan rumah dan tiada jalan besar. Hanya jalan kecil yang boleh dilalui oleh motorsikal.

Apabila di jalan raya, kenderaan perlu melalui jalan di sebelah kanan. Apabila hendak memotong, perlu ke sebelah kiri.

Kedudukan pemandu dalam kereta ialah di sebelah kiri.

5000 dong = RM1.00

Harap dapat melancong ke luar negara lagi kalau panjang umur, sihat tubuh badan, dan dimurahkan rezeki. Amiin. Kalau boleh, negara itu aman dan selamat untuk dilawati.

Oleh sebab itu, kena menyimpan duit dari sekarang dan perlu bersabar.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Friday, June 4, 2010

Budaya Kerja (Profesor Ungku Aziz)

Rajin bercakap, rajin bekerja: bagus

Rajin bekerja, malas bercakap: kena buli

Malas bekerja, rajin bercakap: wayang

Malas bekerja, malas bercakap: tak guna

Malas bekerja, suka mengampu: nyamuk

Malas bekerja, selalu ponteng: baik berhenti

Malas bekerja, suka menyibuk: baik mati

Always be ready for any surprises in our life.