Pada 21.8.2009 hari Jumaat yang lalu, aku pergi kuliah lambat gara-gara kasut kuliah lekang.
Kelam-kabut dibuatnya.
Selepas berfikir dengan bantuan roommate, aku mengambil keputusan untuk memakai sandal.
Apabila tiba di kelas, kawan-kawan memandang aneh padaku dan aku berterus-terang kepada mereka bahawa kasutku lekang.
Mereka ketawa kepadaku dan aku tak terasa pun.
Aku pun ketawa juga.
Pada hari Rabu, 26.8.2009, akhirnya, aku dapat jejakkan kaki ke Pacific Alor Setar setelah sekian lama tidak pergi ke sana.
Tujuannya nak cari kasut baru tetapi tiada yang berkenan di hati.
Pergi ke sana bukan nak membeli kasut tetapi membeli tali pinggang sebab tali pinggang lama sudah uzur dan tak sesuai digunakan lagi.
Tali pinggang itu sebenarnya boleh dipakai tetapi setelah ramai yang mengkritik, aku berasa perlu untuk menukarkan dengan yang baru.
Tidak mengapalah terpaksa membayar lebih asalkan aku puas hati.
Di samping menemani keluargaku membeli-belah pakaian raya, aku juga berjalan-jalan meninjau barang apa yang menarik.
Kalau nak membeli-belah, sesuailah membeli pada bulan ini kerana ada jualan mega.
Sedang merancang hendak membeli apa apabila jualan mega diadakan pada tahun depan, 2010.
Pada hari Khamis, 27.8.2009, aku pergi hantar kasut kepada tukang kasut di belakang Al-Ikhsan dengan abahku.
Tukang kasut itu beritahu bahawa aku boleh mengambilnya pada hari Sabtu, 29.8.2009 pada waktu petang.
Apabila hari Sabtu petang, aku hendak mengambil kasutku tetapi dia kata tak jahit lagi.
Geram aku dibuatnya.
Aku pergi ambil pada jam 5.00 petang dan terpaksa menunggu pula 1 jam.
Pukul 6.00 petang baru boleh ambil kasut dan perlu bayar rm12.00.
No comments:
Post a Comment