Wednesday, August 26, 2009

Angsa

Angsa di rumahku ada 4 ekor.
Keempat-empat ekor suka makan nasi.
Nasi yang diberikan perlu digaul dengan air supaya memudahkan angsa-angsa makan. Nasi yang dimasak perlu lembut dan tidak boleh keras.
Kadang-kadang abahku memberi kangkung untuk makanan tambahan kerana mereka sudah makan habis rumput di kawasan mereka dikurung di tepi dan belakang rumahku.
Menurut orang yang membela angsa, angsa diberi makan nasi bercampur garam sedikit supaya angsa akan lebih mengenali tuannya.
Aku juga ada mendengar bahawa angsa terdiri daripada dua jenis iaitu bersaiz kecil dan besar. Pantang angsa ialah tidak boleh menunjukkan kaki yang hendak menendangnya kerana angsa akan marah.
Sekarang, sepasang angsa dijual dengan harga rm100.00.
Mahal kerana susah untuk didapati.
Orang kata daging angsa sedap tapi aku tak pernah rasa lagi. Seekor angsa abahku beli di Sungai Padang dengan harga rm50.00 seekor dan sepasang lagi di Padang Perahu dengan harga rm100.00.
Punca abahku beli angsa kerana nak bagi angsa jantan yang seekor lagi ada teman.
Pasangannya yang dahulu hilang entah ke mana apabila mengeram telur.
Sebelum membeli 3 ekor angsa, angsa jantan tersebut pergi berkawan dengan angsa jiran hingga tak mau balik rumah selama beberapa hari.
Aku dan abah berusaha mencari angsa di seluruh Perlis dengan bertanyakan orang.
Najis angsa yang mempunyai sulfur dikatakan dapat mengelakkan ular daripada masuk ke kawasan rumah.
Bunyi angsa yang kuat dapat membantu kita ketahui siapa yang datang rumah.

Semua yang aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri.

No comments:

Post a Comment