Thursday, September 3, 2009

Selamat tinggal 2 ekor anak kucing

Hari ini, Rabu, 2.9.2009, aku dan mak mengambil keputusan untuk membuang 2 ekor anak kucing yang tidak mahu dibela iaitu seekor kucing yang liar berwarna hitam putih bereekor panjang dan seekor lagi sakit, berwarna hitam putih dan ekor pendek.
Kami membuang mereka di pasar di Kangar pada jam 6.30 petang.
Sebelum itu, mak menggaul nasi dan ikan untuk diberi makan buat kali terakhir.
2 ekor kucing itu aku bubuh dalam guni supaya mereka tidak dapat melihat persekitaran luar.
Mak bubuh sedikit garam ke dalam nasi yang digaul (seperti yang dinasihati oleh Mak Tok) supaya tidak mengenali tuannya lagi.
Abah aku sangat kasihan dengan kucing yang sakit tetapi emak aku kata sudah hendak sembuh.
Punca membuang 2 ekor kucing ialah kerana ibu mereka baru melahirkan anak 4 ekor, 3 ekor berwarna hitam dan seekor berwarna hitam putih.
Pembuangan kucing ini ibarat "habis madu sepah dibuang" kerana kucing yang berekor panjang itu berjasa kepada rumah kami dengan menangkap tikus.
Kucing yang berwarna hitam putih berekor panjang pernah dibuang olehku beberapa bulan yang lalu di belat atau tandop (tempat seperti empangan tetapi bukan empangan) tetapi berjaya pulang kembali ke rumah dalam keadaan yang sangat lapar.
Kucing tersebut dahulunya sangat liar tetapi sekarang kurang liar.
Ibu kucing sangat dingin dengan anaknya apabila mereka telah besar.
Sekarang jumlah kucing di rumah aku bertambah menjadi 7 ekor, seekor ibu, 4 ekor bayi kucing, dan 2 kucing cantik yang terpilih untuk dibela.
Apabila tiba di pasar, kucing tersebut diberi makan tetapi tidak mahu makan kerana melihat sudah berada di tempat lain dan berlari ke tempat lain.
Kalau hendak membuang haiwan, kita boleh melakukannya tetapi kalau ibu bapa janganlah kerana mereka telah membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.
Beringatlah kerana "syurga di bawah telapak kaki ibu".
Janganlah kita menjadi anak yang derhaka.
Ustazah Misriyah ada menasihati aku dan rakan-rakan bahawa selepas berdoa, kita diwajibkan berdoa untuk ibu bapa.
Kalau tidak berdoa untuk ibu bapa, kita dikategorikan sebagai anak derhaka.
Harap-harap ada insan yang sudi mengutip 2 ekor kucing tersebut untuk dibela.
Moga-moga mereka dalam keadaan sihat cukup makan, hidup lama, dapat hidup berdikari, dan tidak bergaduh dengan kucing-kucing yang lain.
Sebagai pengajaran, ibu kucing perlu dihantar ke pejabat haiwan untuk disuntik ubat anti-mengandung supaya tidak beranak lagi dan anak-anaknya tidak menjadi mangsa untuk dibuang di pasar.
Rasa sedihlah pula apabila membuang 2 ekor anak kucing itu.
Kalau kucing diberi makan "Frieskies", haiwan ini akan minta lagi pada tuannya.
Tak kenyang kot.
Apabila diberi makan nasi yang digaul dengan lauk, kenyanglah mereka.
Tetapi apa-apa pun, kehidupan perlu diteruskan.
Yang pasti, ibu kucing perlu dikurung ke dalam sangkar supaya tidak mengawan dengan kucing jantan yang hodoh itu.

No comments:

Post a Comment