Thursday, September 3, 2009

Bertanggungjawab

Geram sungguh pada orang yang membela lembu berdekatan rumahku.
Dah la lepas lembu-lembu macam itu sahaja tanpa pengawasan.
Apabila sudah berkeliaran di kawasan rumahku, patah pokok putat yang ditanam oleh abahku.
Apa lagi, abah aku geram la dan menyuruh aku menghalau lembu-lembu dari rumahku.
Bulan puasa ka bulan tak puasa ka, mesti nak marah.
Selepas penternak lembu dimarahi oleh abahku, mereka sudah mengawal lembu-lembu supaya tidak berkeliaran di kawasan rumah orang.
Kalau hendak membela, kena la jaga elok-elok.
Janganlah dibiarkan begitu.
Lagi satu, tolonglah buang najis lembu-lembu yang ada di atas jalan supaya tidak melekat pada tayar kereta dan tidak perlu mengelak.
Sebagai pengajaran, kita hendaklah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.
Ada lagi kes:
Hari tu bila tah ada la pihak yang buat parit tepi sungai.
Boleh ka bekho boleh korek tanah yang bukan di tepi sungai sampai putus paip air yang menghubung ke rumah aku.
5 jam tak ada air.
Semua ahli keluarga naik angin.
Kena la pi jumpa JKR kat Repoh.
Nasib baik dekat dengan rumah.
Senang nak pi lapor.
Kalau dah bagi putus paip air rumah orang, bertanggungjawab la.
Tak kan nak mendiamkan diri tak mau bagi tau.
Ingatkan aku ni bodoh ka tak boleh tau yang hampa tutup paip yang putus tu dengan ranting kayu.
Jangan la menyusahkan orang.

No comments:

Post a Comment