Wednesday, October 6, 2010

sinneT

Waduuh!

Setelah sekian lama tidak bermain sukan yang paling aku cintai, mulalah berkarat.

Perlukan latihan lagi dan sentiasa berusaha belajar kemahiran yang lain.

Perlu lebih bertenang apabila memukul bola.

Tidak boleh terlalu ghairah untuk kelajuan kerana kemungkinan akan terkeluar @ tersangkut di jaring.

Forehand & backhand ok la.

Tetapi serve, volley, drop, lob masih tidak berjaya mempelajarinya lagi.

Tidak cekap la tu...

Kalaulah institut mempunyai bajet yang banyak, ingin sahaja aku mohon supaya gelanggang dibuat semula supaya lebih selamat untuk bermain.

Kalaulah mampu, ingin saja berlatih dengan coach.

Tunggulah apabila kerja nanti.

Insyaallah kalau bekerja di Perlis, negeri yang aku tulis untuk posting.

Justine Henin, kau membuktikan bahawa saiz fizikal tidak menghalang menjadi pemain tenis nombor 1 dunia suatu ketika dahulu.

Sebab itu aku amat meminati tennis dan dapat menolak tanggapan bahawa tidak kira apa pun keadaan kita, masih lagi berupaya untuk melakukannya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan ini kurang popular di kalangan kawan-kawanku kerana mereka lebih meminati bola sepak.

Sukan ini juga memerlukan kos yang tinggi berbanding sukan popular, bola sepak kerana perlu membeli kasut yang sesuai, raket dan bola.

Nasib baik bola tennis yang harganya berpatutan dan murah dari kedai yang ditemui iaitu di Tesco Jelutong.

Wilson, 3 biji bola = RM11.50.

Dunlop, sama juga bilangannya seperti Wilson = RM12.50.

Kalau kedai lain, hampir RM20 la jawabnya.

Syukur dapat belajar di sini.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment