Monday, November 8, 2010
Plus one
Hari ini, Isnin, 8 November 2010, bersamaan 1 Zulhijjah 1431H merupakan ulang tahun ke-22 kelahiranku di Bumi ini.
Syukur Alhamdulillah kepadamu Ya Allah kerana telah membenarkanku untuk hidup dan bernafas di dunia ini.
Semoga umur dan amalan sentiasa diberkatiNya, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, gembira, ceria, bahagia, dan berjaya dalam apa-apa yang dilakukan.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepadaku di Facebook. Walaupun hadiah tidak diberikan, aku berasa sangat terharu dan gembira. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Terima kasih kepada sahabat baikku, Ikhram kerana menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk "Cogito Allah Sum!" hasil nukilan Lalu Mohammad Zaenudin. Insyaallah, aku akan baca selepas peperiksaan akhir semester 6 ini. Nanti aku akan memberi hadiah kepada kamu, Ikhram. Tunggulah. Terima kasih juga kepada Ikram dan Fuad kerana datang ke bilik AM106 untuk ucap "selamat hari lahir". Terima kasih kepada Yong Yong yang menghantar mesej. Tahniah kerana menjadi penghantat mesej pertama!
Harapan untuk umur 22 tahun ini, dapat menjadi matang dari segi tingkah laku, pemikiran, lebih bersabar dalam menjalani liku kehidupan kerana langit tidak selalu cerah dan awan tidak selalu mendung dan terpilu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT HARI LAHIR...
ReplyDeleteHARAP PANJANG UMUR, MURAH REZEKI..
thank you very much tulip.
ReplyDeletesemoga tulip pun panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. ameen.