Friday, August 6, 2010

Muchas Gracias

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Teh Kim Hong, Cikgu Salwani, Encik Rosli & Cikgu Wan kerana membimbingku dalam mengajar Matematik tahun 1 Mawar & 3 Melati dan Pendidikan Jasmani 1 Mawar.

Jasa kalian tidak akan aku lupakan sampai ke akhir hayat.

Ilmu dan tips yang dicurahkan tidak akan aku lupa dan sia-siakan dalam meneruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi cemerlang, gemilang & terbilang. Insyaallah, ingat sampai pencen (kalau panjang umur) dan terus mengamalkannya.

Semua orang boleh menjadi guru tetapi susah untuk menjadi guru yang efektif.

Walaupun sekolah kebangsaan senang, tetapi hendak mendidik murid memerlukan kesabaran dan perlu menempuh cabaran.

Syukur Alhamdulillah kerana mendapat pensyarah yang sempoi dan baik.

Saya berharap dapat pensyarah macam mereka berdua pada semester 7 tahun 2011 nanti. Insyaallah. Amin. Berharap sangat.

Selamat ko (Filipina)

Syukran jazilan (Arab)

Kumasumida (Korea)

Arigato gozaimas (Jepun)

Kam eng (Vietnam)

Syukriya (Hindi)

Bercampur-baur

Apabila hendak habis praktikum 2 ini, berasa sedih pun ada, gembira pun ada.

Sedihnya sebab tidak mengajar murid-murid tahun 1 Mawar dan 3 Melati lagi. Guru-gurunya pun baik, peramah, tidak sombong. Guru besar pun baik apabila tegur kesilapan yang telah aku lakukan ini dengan lembut dan tidak marah. Aku senang dan selesa dengan guru besar. Memang layaklah beliau menjadi pemimpin tertinggi di SK Bukit Gambir.

Gembira sebab tidak sibuk hendak buat rancangan pengajaran dan abm sampai berasa tidur tidak cukup.

Nak buat macam mana... Benda nak jadi... Jadi je la...

Sudah perkara ini hendak terjadi.

Manalah saya tahu.

Experience is the best teacher (filem Papadom)

Tanggal 1 Ogos 2010, aku pergi PC Fair di Pisa.

Niat hendak menambah ram laptop.

Survey banyak kali booth mana yang murah dan akhirnya jumpa.

Tetapi indah khabar daripada rupa.

Jenama DNA 2 gig RM131.

Paling murah yang kutemui di situ.

Technician yang "b_ _ _ _ _ " pasang la ram.

Aku tidak tahu bahawa 512mb tidak boleh gabung sekali dengan 2 gig.

Laptop tak boleh buka.

Format di BJ, kena la bayar RM40.

Lesap duit aku lagi.

Hilanglah benda yang aku simpan dalam my document.

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Semua... kan ada hikmahnya... (OST Sinetron Hikmah)

Mengerti

Apabila seseorang tidak faham tentang keadaan dan masalah orang lain, dia akan berkata mengikut hati kerana tidak menyelami dan mengalami sendiri apa-apa yang dialami oleh orang lain.

Baik

Apabila kita berasa telah membuat sesuatu dengan sehabis baik, sebenarnya masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki kerana tidak sedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

Nobody is perfect.

Membuat orang berasa senang dengan kita sudah dikira baik.

Yakin

Jangan kita terlalu yakin terhadap sesuatu yang tidak pasti menjadi kenyataan kerana takut nanti akan merana badan dan "frust menonggeng".

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan.