Monday, March 7, 2011

Dendam

Jangan disangka budak kecil apabila dimarahi, dipukul akan biarkan begitu sahaja pada keesokan harinya. Mereka juga boleh menjadi seperti remaja, dewasa & warga tua kerana apabila bergaduh, pasti mengambil masa yang lama untuk berbaik semula. Tidak pun bermusuh dan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Dendam yang ada sejak dari hari Jumaat masih berbekas di hati sampai hari ini, Isnin.

Orang yang dimaksudkan ialah muridku dari kelas 3 Damai.

Bagi murid perempuan, aku tidak menyentuh langsung.

Bagi murid lelaki yang nakal dan tidak mendengar cakap, aku tarik rambut kerana melalui cara itu tidak meninggalkan kesan dan tidak dapat menuduh guru yang mencederakan mereka.

Murid pada zaman sekarang memang tidak boleh diberi muka.

Guru yang mula-mula masuk perlu serius dan tidak terus senyum kerana apabila selalu senyum, murid akan besar kepala dan akan ingat bahawa cikgu baik dan boleh buat sesuka hati mereka semasa P & P .

Tetapi Alhamdulillah, walaupun tidak suka padaku, dia tetap datang ke sekolah. Kalau tidak datang, matilah aku nak jawab apa dengan GB dan ibu bapanya.

Selepas berbincang dengan guru kelasnya, Cikgu Punitha memang mengakui dia memang seorang pendendam.

Tips yang diberikan ialah apabila dia melakukan sesuatu yang baik daripada kawannya yang lain, pujinya supaya dapat mengambil hatinya kembali.

Kedua, abaikan. Dia akan berasakan perkara yang sudah berlaku perlu dibiarkan begitu sahaja. Kadang-kadang, apabila murid yang inginkan perhatian, mereka suka membiarkan guru memujuk mereka lama-lama. Itu dikira mengada-ngada. Cikgu tiada masa untuk melayan kerana banyak kerja lain yang perlu dibereskan.

Aku guna waktu rehat mereka selama 10 minit hari supaya mereka membuat pembetulan latihan yang salah buat.

Aku beritahunya supaya menyiapkan latihan yang diberi tetapi dia tak mahu buat.

Aku beritahu bahawa aku akan mengajar cara untuk mendapat jawapan tetapi tidak mahu juga.

Aku suruh pergi rehat tetapi tidak mahu.

Aku tanya ada duit tak. Dia beritahu tidak ada. Apabila aku hendak memberi RM1 supaya pergi makan di kantin, dia tidak mahu juga.

Kesilapan aku hari ini ialah aku berkata padanya bahawa berjanji tidak akan marah jika memberitahu apakah masalahnya tetapi tidak berkesan. Hal ini akan menyebabkan dia berasa dia boleh melakukan kesilapan lagi pada masa akan datang.

Hal ini merupakan pengalaman pertama aku untuk praktikum terakhir ini. Waktu praktikum 1 dan 2, tidak pernah jumpa murid seperti ini.

Tidak mengapa. Take it as the challenge because in the future there are a lot of challenges that I need to face which are harder and difficult than today.

Sebelum jumpa cikgu Punitha, memang berasa risau, tertekan dan takut juga!

C6-01