Thursday, September 23, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ini, Rabu, 22.9.2010, di SAC, bermulalah...

Perjumpaan yang terpanjang dan lama...

Wow!

Dahsyatnya...

2.30 petang hingga 8.10 malam

Bayangkan berapa jumlah jam?

5 jam 40 minit.

Persatuan ini sangat aktif dalam institut.

Apabila tidak menyiapkan kerja yang diberi sebelum cuti hari raya, dia suruh buat bagi siap.

Bagi kumpulan yang tidak siap buat laporan logo dan moto kumpulan, dia suruh kumpulan aku tulis dalam satu tulisan tangan seorang sahaja.

Penat kami bahagi tugas untuk meringankan beban tangan yang lenguh untuk menulis.

Kesian kepada Luqman. I'm sorry Luqman. My fault. I admitted it. I thought I wanted to send tomorrow but this kind of woman cannot be play play.

Siapkan kerja yang tidak siap pada pukul 2.30 petang hingga 4.50 petang.

4.50 petang hingga 6.50 petang untuk perjumpaan kelab hari ini.

6.50 petang hingga 7.50 petang untuk ganti perjumpaan yang batal apabila refleksi praktikum diadakan pada hari Khamis, 26.8.2010.

Memang... Kami mengaku kami bersalah tetapi kenapa kamu tidak beri kami sembahyang Asar.

Nak pergi tandas pun tidak boleh.

Selepas meminta kebenaran lebih daripada sekali, barulah boleh keluar tetapi hanya untuk ke tandas sahaja.

Apa la.

Tak sensitif langsung pasal kaum lain.

Memang kamu mementingkan diri sendiri.

Kami tidak kisah kalau kamu nak denda kami, tetapi berilah kami sembahyang Asar.

Mentang-mentanglah single, tak available dah kot.

Pengajarannya ialah siapkan kerja sebelum bala menimpa.

No comments:

Post a Comment