Sunday, February 12, 2012

L. A.

Los Angeles?

Lubok Antu.

Nama tempat pertama penempatan sekolah untukku.

Sekolah Kebangsaan Lubok Antu (17 Januari 2012 - setahun sahaja kot? Ameen)

Mengajar 28 masa.

7 mata pelajaran. Kalau tambah 1 mp, boleh jawab PMR. Kalau tambah lagi 1 mp, boleh jawab PMR di sekolah agama. He3...

Senarai mp:
1. KT - Kajian Tempatan (2 masa 6 Dahlia)
2. MK - Muzik (2 masa 5 Mawar)
3. MT - Matematik (7 masa 3 Ixora)
4. PJ - Pendidikan Jasmani (1 masa 4 Daisy)
5. PM - Pendidikan Moral (12 masa 4 Daisy & 6 Dahlia)
6. PS - Pendidikan Seni (2 masa 4 Kaktus)
7. SK - Sivik & Kewarganegaraan (2 masa 4 Kaktus)

Mengajar mengikut kemampuan. Yang penting tanggungjawab ditunaikan supaya gaji yang diterima halal dan diberkati.

Tugas selain mengajar: pembantu guru kelas 4 Kaktus

Tugas semasa MSSR (Majlis Sukan Sekolah Rendah): AJK Peralatan seperti mengangkat kerusi, meja, membuka khemah kecil, hurdle (lari berpagar).

Turut membantu semasa pertandingan akademik (action song, story telling, pidato, tarian) di dewan terbuka di bangunan baru yang akan diguna pada hujung bulan Februari 2012 seperti menyusun kerusi untuk peserta dan penonton, menyelenggara mikrofon untuk peserta, memasang lagu semasa waktu rehat (sound effect).

SKLA tuan rumah.

Tahniah kepada para pemenang!

Tahun 2013, SK Sebangki tuan rumah pula.

Pertandingan tarian 2 sekolah sahaja yang bertanding. SKLA perlu menghantar wakil pada tahun hadapan.

Di sini ramai orang Iban.

Orang Melayu sedikit (minoriti).

Sedang belajar sedikit-sedikit bahasa Iban.

p/s: ada hikmah ditempatkan di sini.

No comments:

Post a Comment