Pada hari Jumaat, 4.2.2011, apabila aku sedang memblender ais dan air sarsi untuk dijadikan ais blended sarsi di dapur, aku terdengar bunyi pecah kaca dan air jatuh berderai ke atas lantai. Aku pun pergi melihat bersama-sama keluargaku. Kami terkejut. Ya Allah! macam mana boleh berlaku sebegini. Waduh... Terpaksalah aku mengambil mop dan cam. Aku menggunakan cam untuk menolak air keluar dari rumah. Habis karpet, tikar buluh dan pengelap kaki basah. Terpaksalah mak dan adik mengangkat keluar untuk dijemur di atas penyidai dan buaian. Aku menyidai pengelap kaki di pagar.
Alhamdulillah, nasib baiklah musim kemarau iaitu panas tanpa hujan. Lega sebab cepat kering dan tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama. Nasib baiklah air yang ada dalam akuarium yang pecah itu baru diisi dengan air paip yang segar. Cuma ditambah dengan klorin untuk menghilangkan klorin. Semuanya berpunca untuk memindahkan ikan kelisa abahku daripada spesies "highback" dari akuarium 2 setengah kaki kepada 3 kaki. Boh lilin pula lepas ini abahku kerana terpaksa membeli akuarium baru. Sebenarnya, akuarium 3 kaki itu mengalami kebocoran dan abah menampalnya supaya tidak bocor. Mungkin kerana tidak dapat menahan beban, sebab itu pecah. Banjirlah sedikit di rumah walaupun musim kemarau.
Kisah seterusnya,tikus. Aku memang geli dengan tikus. Apabila pulang ke rumah selepas bermain tenis di Stadium Utama, berhampiran dengan waktu maghrib, mak beritahu bahawa seekor tikus masuk ke bilik Aiman. Eee...Apabila masukkeluar terpaksa menutup pintu untuk mengelakkannya keluar supaya mudah untuk menangkapnya. Mak mencari perangkap yang kecil tetapi tidak berjaya. Mak menggunakan perangkap besar dan meletakkan ikan masin.
Akhirnya, pada pagi Sabtu, 5.2.2011, akhirnya tikus berjaya ditangkap. Lega rasanya.
Hikmah akuarium pecah: supaya sentiasa rajin menyapu dan mengemop lantai.
Hikmah tikus masuk bilik: supaya rajin mengemas.
No comments:
Post a Comment