Sunday, February 20, 2011

Buat kali terakhir

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepadaku pada hari Sabtu, 19 Februari 2011 iaitu memenangi pertandingan tenis kategori single bagi rumah Kenyalang.

Bagi perlawanan pertama, berjaya menewaskan Helang 8-3.

Bagi perlawanan kedua, berjaya menewaskan Rajawali 8-1.

Aku cuma pukul bola beri masuk dalam pihak lawan sahaja.

Tidak laju pun.

Serve pun jaga. Asalkan masuk selepas yang pertama tidak masuk.

Tujuan untuk menang ialah kerana tahun depan sudah tidak boleh menyertai lagi kerana Insyaallah, kalau dipanjangkan umur dan rezeki, sudah melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang guru.

Oleh sebab itu, mahu timbulkan kenangan manis semasa di IPG Kampus Pulau Pinang.

Pada tahun 2010, merupakan tahun pahit bagiku semasa Karnival Sukan kerana tewas semua tiga perlawanan.

Akhirnya, pada tahun ini dapat menebus kembali kekalahan yang lalu.

Terikat dengan Helang 1-1, Rajawali 1-1 dan Enggang 1-1.

Bermain sehingga cram kaki. Aduh. Tidak mengapa kerana berbaloi-baloi. He3...

1 comment: