Friday, October 8, 2010

Tara!

Mood aku pada hari Khamis, 7.10.2010 berubah menjadi senyap dan tidak baik kerana dikritik banyak untuk mikroteaching BI.

Memang aku akui banyak kesilapan dan menjadi guru Bahasa Inggeris bukanlah semudah yang disangkakan walaupun sekolah kebangsaan.

Berasa macam nak mengajar mata pelajaran Sivik sahaja daripada BI tetapi apakan daya, apabila sudah ditetapkan, hanya perlu ikut sahaja kerana wajib.

Aku suka akan bahasa antarabangsa ini tetapi untuk mengajarnya memerlukan aku lebih kreatif.

Tidak mengapa kerana itulah proses pembelajaran.

Orang yang telah lama mengajar pasti mempunyai idea dan pengalaman yang banyak.

Moodyku ini berubah menjadi 5 bintang (gembira) apabila kumpulan Champion untuk English Language Society telah menjadi juara untuk aktiviti boogle dan hangman.

Seronok sangat.

Berasa sangat bernasib baik hari ini.

Syukur Alhamdulillah.

Walaupun ELS selalu diadakan berbanding persatuan lain, pada pandangan, aku berasa aku telah memperoleh ilmu iaitu idea yang banyak mengenai aktiviti yang boleh dijalankan apabila di sekolah kelak supaya murid-murid gembira dan seronok belajar BI.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya. (Albert Calmus)

Eating

Untuk menuntut bayaran makanan sebanyak RM10 perlu perjalanan melebihi 25km dan 8 jam.

IPG Kampus Pulau Pinang.

Wednesday, October 6, 2010

Voice, listen to me


di sini aku masih sendiri


merenungi hari-hari sepi


aku tanpamu, masih tanpamu


bila esok hari datang lagi


ku coba hadapi semua ini


meski tanpamu oooh


meski tanpamu


bila aku dapat bintang yang berpijar


mentari yang tenang bersamaku disini


ku dapat tertawa menangis merenung


di tempat ini aku bertahan


reff:


suara dengarkanlah aku


apa kabarnya pujaan hatiku


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku


apakah aku slalu dihatinya


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


dan ku masih tetap disini


ku lewati semua yang terjadi


aku menunggumu, aku menunggur


eff2:


suara dengarkanlah aku


apa kabarnya pujaan hatiku


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


suara dengarkanlah aku


apakah aku ada dihatinya


aku di sini menunggunya


masih berharap di dalam hatinya


repeat reff


suara dengarkanlah aku
aku sangat suka lagu ini kerana melodi dan liriknya yang menyentuh kalbu.
jiwang pun jiwanglah.
who cares?
take care.

sinneT

Waduuh!

Setelah sekian lama tidak bermain sukan yang paling aku cintai, mulalah berkarat.

Perlukan latihan lagi dan sentiasa berusaha belajar kemahiran yang lain.

Perlu lebih bertenang apabila memukul bola.

Tidak boleh terlalu ghairah untuk kelajuan kerana kemungkinan akan terkeluar @ tersangkut di jaring.

Forehand & backhand ok la.

Tetapi serve, volley, drop, lob masih tidak berjaya mempelajarinya lagi.

Tidak cekap la tu...

Kalaulah institut mempunyai bajet yang banyak, ingin sahaja aku mohon supaya gelanggang dibuat semula supaya lebih selamat untuk bermain.

Kalaulah mampu, ingin saja berlatih dengan coach.

Tunggulah apabila kerja nanti.

Insyaallah kalau bekerja di Perlis, negeri yang aku tulis untuk posting.

Justine Henin, kau membuktikan bahawa saiz fizikal tidak menghalang menjadi pemain tenis nombor 1 dunia suatu ketika dahulu.

Sebab itu aku amat meminati tennis dan dapat menolak tanggapan bahawa tidak kira apa pun keadaan kita, masih lagi berupaya untuk melakukannya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan ini kurang popular di kalangan kawan-kawanku kerana mereka lebih meminati bola sepak.

Sukan ini juga memerlukan kos yang tinggi berbanding sukan popular, bola sepak kerana perlu membeli kasut yang sesuai, raket dan bola.

Nasib baik bola tennis yang harganya berpatutan dan murah dari kedai yang ditemui iaitu di Tesco Jelutong.

Wilson, 3 biji bola = RM11.50.

Dunlop, sama juga bilangannya seperti Wilson = RM12.50.

Kalau kedai lain, hampir RM20 la jawabnya.

Syukur dapat belajar di sini.

Alhamdulillah.

Mood







Kadang-kadang baik.

Kadang-kadang tidak.

Entahlah.

Apabila ada gangguan, pasti mood seseorang akan berubah.

Diriku ingin sentiasa berada mood yang baik.

Saturday, October 2, 2010

Red Car


Hari Jumaat, 1.10.2010, aku pulang ke rumah setelah 2 minggu tidak pulang.

Pulang bersama-sama Hadi, Acik, Ju, Husna & Ati (sampai stesyen bas Penang Sentral) dengan kereta Ju.

Hadi memandu.

Hantar Hadi dahulu diikuti aku.

Hari Sabtu, 2.10.2010, aku melawat tok di hospital.

Fault

Aku bertanya kepada kawanku sama ada sudah ada kumpulan atau tidak.

Beliau berkata tidak ada lagi dan ingin berkumpulan denganku.

Aku pun setuju.

Keesokan harinya, ada seorang kawan lain ajak aku berkumpulan dan terus aku kata ya.

Aku mengaku memang salah aku.

Aku minta maaf banyak-banyak.

Lain kali tidak perlu berkumpulan dengan aku kerana tidak tetap pendirian.

Peringatan untuk aku: lain kali apabila sudah merancang untuk berkumpulan dengan seseorang,
perlulah tetap pendirian.