Sunday, April 25, 2010

Teguran berhikmah

Ada seorang cikgu berkata kepada muridnya:
"lari pun macam pondan"

Murid itu pun berasa hilang motivasi.

Guru itu perlu berkata: "lari laju lagi. jangan lari perlahan-lahan.

Sebagai pengajaran, bakal-bakal guru janganlah mengata yang buruk kepada murid kerana akan menghilangkan semangat mereka untuk belajar.

Saya dengar sendiri.

Kerana mulut, badan binasa.

Cari denda yang lain...

Jangan denda lari keliling padang (Kosmo! Online)


AKTIVITI larian dianggap kurang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

"Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

"Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain," kata Balwant.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Apabila mendapat kepastian daripada yang pakar, barulah kita mengiktirafnya.

Pernah kena denda lari keliling padang sebab tak bawa kertas apa tah ke sekolah.

Ada pengalaman juga.

Saturday, April 17, 2010

Bila-bila masa sahaja boleh ditarik

Nikmat yang diberi hanya bersifat sementara.

Gunalah sebaiknya hanya kerana Allah.

Dapat bernafas di dunia pun dikira sebagai nikmat.

In.... Out....

Setiap orang ingin mempunyai luaran dan dalaman yang baik tetapi bukan semua sebegitu.

Terimalah apa yang kita ada dengan hati yang terbuka dan bersyukurlah dengan apa-apa yang telah ditetapkan olehNya.

Cubalah membaiki kelemahan yang ada perlahan-lahan sehingga berjaya.

Tanyalah kepada orang yang lebih makan garam dan boleh dipercayai.

Friday, April 16, 2010

Sama saja...

Bukan semua orang suka akan kita...

Kita juga tidak suka akan semua orang...

Yang penting, kita buat baik pada semua orang dan buatkan mereka senang hati dengan kita.

Buat baik pun bertempatlah.

Tepuk dada, tanya iman @ selera...

I'm sorry

Aku ini... cikgu biasa...

sedang belajar... cara mengajar yang betul...

sebab itulah berpraktikum...

masih lagi belajar menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami dan belajar menerangkan sesuatu satu persatu...

Ya Allah, permudahkan lisan dan percakapan hambamu ini agar murid-muridku mengerti apa yang aku ajar dan terang.

Amin.

Bukan sekadar mengajar mata pelajaran tetapi mendidik nilai-nilai murni dalam diri murid-murid supaya menjadi insan yang berguna untuk generasi yang akan datang...

Yang penting, ajar ajaran yang betul, bukan sesat.

Terus mencuba... mencuba...

Sehingga berjaya....

Usaha tangga kejayaan...

Cuma cepat atau lambat...

Kesabaran yang tinggi perlu ada...

Emosi perlu dikawal dengan rapi sebelum meletusnya gunung berapi...

Saya guru baru belajar...

Kalau salah tolong tunjukkan.

Thursday, April 15, 2010

Acknowledgement

Sir: After receiving a worksheet from me, what do you must wish to me?

Pupils: Thank you, sir.

Sir: Yes, that's the correct way how do you want to appreciate me. Take with your right hand
or left hand?

Pupils: Right hand, sir.

Appreciate other people first before you want to be appreciated.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Saturday, April 10, 2010

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut...

Apabila seseorang yang rapat dengan kita berceritakan sesuatu yang rahsia dan tidak boleh diberitahu orang lain, janganlah beritahu walaupun kita seorang sahaja yang tahu.
Hal ini kerana kepercayaan yang diletakkan kepada kita hanya datang sekali.
Sekiranya bermulut tempayan, kawan kita tidak akan menceritakan rahsianya lagi.
Marilah kita bersama-sama menjadi seorang yang beramanah.

Jemputan

Saya ada mendengar keluhan daripada kenalan abah.
Pada suatu ketika, saya telah menghadiri kenduri kahwin kenalan abah.
Abah terserempak dengan kenalannya yang tidak pergi ke kenduri itu.
Rumah kenalan itu di hadapan rumah kenduri tersebut.
Abah saya bertanya pada kenalannya mengapa tidak pergi makan kenduri.
Kenalan berkata: Dia tak panggil aku pun.
Pihak rumah kenduri hanya panggil isteri kenalan abah saya sahaja.
Pengajaran untuk diri saya sendiri: Pada masa akan datang, saya akan memberi kad jemputan dan menulis seperti Daniel dan sekeluarga.
Janganlah jemput macam ini: kak, jemput makan kenduri.
Maksudnya di sini jangan menjemput seorang sahaja.
Kena jemput suaminya sama dan keluarganya...

Perlu lebih khusus.

Friday, April 9, 2010

Bertambah...

Berita Harian ada memaparkan di muka hadapan elaun untuk kawasan pedalaman dinaikkan.
Dari RM500.00 kepada RM750.00.
Dari RM1000.00 kepada RM1250.00.
Bagi orang tidak mengetahui, walaupun elaun khas ini banyak disediakan untuk guru, sebenarnya duit ini digunakan untuk menyewa bot dll.
Jangan ingat guru yang mengajar di pedalaman dapat percuma.
Mereka guna duit itu.
Bagi yang cemburu dengan kerjaya guru, janganlah cemburu kerana tugas sebagai guru sangat berat.
Sebelum dapat menghasilkan bakal doktor, jurutera, arkitek dll, guru perlu mengajar mereka dahulu di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Kalau guru menyampaikan ilmu yang baik, betul dan berguna untuk murid-muridnya, dapatlah mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading, seterusnya dapat menghasilkan individu yang berkerjaya yang lebih hebat daripada guru dan menjadi aset yang berharga untuk kemajuan negara kita.

Kias

Kawan saya menggaru pada tangan.
Saya berkata: amboi, garu tangan nampak! awat ni?
Selepas beberapa ketika, ooo, itukah jawapannya.
Hendak duit rupanya...
Baru saya faham.

Makan lalat = berasa hati

Kereta batuk = tidak cekap bawa kereta lagi

Boh lilin = beli lain

No excuses!

Abah ada bagi nasihat:

Apabila guru besar suruh kita buat sesuatu, janganlah melawan.
Dengarlah apa yang disuruh dan laksanalah dengan penuh tanggungjawab.
Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa apabila mula-mula jadi cikgu, kita pun tidak tahu bagaimana untuk melakukannya tetapi yang paling penting, kita buat dahulu setakat mana yang kita mampu dan kalau boleh, tanya cikgu-cikgu senior bagaimana hendak buat.

Puradan

Sejenis racun yang digunakan untuk membunuh haiwan yang memberi masalah kepada kita.
Sebagai contoh, pada hari yang lepas, abah membeli puradan.
Dia masukkan puradan ke dalam ikan dan letak di atas tanah.
Apabila biawak bau ikan itu dan terus makan, biawak itu mati serta-merta.
Apabila biawak yang besar mati, aduhai, baunya....
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Bau bangkai kalau dibiarkan lama-lama, melarat nanti.
Kita pun tak boleh nak hidup dengan selesa.
Nak tanam biawak yang besar pula, penat nak kena cari tanah.
Nasib baik mati dekat tempat yang hendak ditanam.
Kalau tidak, jenuh nak tarik bangkai biawak ke tempat yang hendak ditanam.
Masalah utama di sini ialah biawak suka mencuri dan makan telur angsa.
Sebab itulah abah membeli puradan.

Janganlah kita menyalahgunakan puradan untuk racun orang semata-mata kerana marah, geram, cemburu, iri hati, dengki, hasad dan sebagainya.

Cuma sekadar untuk membunuh makhluk perosak sahaja.

Orang Siam ada yang makan biawak.
Kalau teringin, datanglah dekat rumah saya dan tangkap biawak jahat itu.
Biawak pun nak hidup juga.
Apabila sudah tiada makanan, telur angsa pun dia nak sebat.
Aduhai...

Wednesday, April 7, 2010

Selamilah.....

Apabila kita merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh orang lain, barulah kita akan lebih faham dan empati.
Sebagai contoh, saya bertanya kepada kawan: Jom main tenis. Kawan jawab: tak boleh la. sibuk. praktikum.
Apabila saya sendiri menghadapi praktikum, barulah saya tahu bahawa praktikum memerlukan saya buat banyak kerja seperti rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar, dan portfolio.
Berasa macam masa 24 jam tak cukup tapi apakan daya, cikgu sekolah kata: Kenapa pilih nak jadi cikgu?
Tak mengapa.
Lagipun, kenapa ada praktikum?
Nak latih bakal guru bagaimana mengajar dengan baik.
Kalau tak ada praktikum, maknanya semua guru pelatih setiap institut sudah pakar mengajar.
Ada kaunselor sekolah dulu kata masa itu maut.
Memang maut pun.
Apabila praktikum ini, gunalah masa yang sebaiknya.
Kalau tak,......

Thank you very much Dr Tan Poh Keun for giving me ideas and advises for teaching & learning.
Saya diobserve pun kelas murid pandai.
Cuba kalau kelas pertengahan dan belakang, tak tahu la macam mana.
Saya mengaku saya mengajar kelas 3 Bestari yang merupakan kelas murid pandai tetapi saya juga perlu sahut cabaran mengajar kelas tengah dan belakang, barulah versatile tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi. Itulah saya akan belajar perlahan-lahan.
Bukan mudah...
menyusun tangga ke angkasa...
Bukan mudah untuk menjadi guru sekolah kebangsaan.
Perlu layan kerenah murid-murid yang merupakan kanak-kanak.
Suara mesti kuat.
Lepas tu, kena minum air banyak-banyak supaya tekak tidak kering.
Walau bagaimanapun, apabila sudah memilih profesion ini, saya harus minat 100% dan menerima sahaja apa-apa cabaran yang akan ditempuh pada masa akan datang.
Luahan hati ini bukan untuk menakutkan orang luar mengenai karier guru dan adik-adik junior yang ingin menjadi guru tetapi itulah hakikatnya yang perlu ditempuhi dengan tabah dan kuat.
Harus bersedia dari segi mental, fizikal, emosi, dan spiritual seperti dalam FPK.

Guru yang baik ialah guru yang sentiasa belajar hingga ke akhir hayat sama ada formal atau informal. Harap-harap macam itulah. Amin. Insyaallah. Cubalah sebaik mungkin!

Monday, April 5, 2010

Memanglah sukar tapi cubalah setakat mana yang mampu

Madam Soo Hoo ada beritahu bahawa kognitif dan attitude mesti seimbang kerana barulah menjadi seorang yang baik.
Walaupun kognitif baik tetapi attitude tidak baik, kosong.
Walaupun attitude baik tetapi kognitif tidak baik, kosong juga.
Apa-apa pun, kedua-duanya mesti seimbang.

Sesiapa yang berusaha dan bertawakal kepada Allah, nescaya akan berjaya.

Fighting!

Setiap pekerjaan @ karier pasti ada cabarannya.
Terpulanglah kepada individu itu sendiri bagaimana untuk menghadapinya.
Cikgu Rosli ada berkata: kalau ada masalah, jangan lari daripadanya. Tempuhilah masalah itu sehingga dapat diselesaikan.

Masih ingat lagi sehingga hari ini kata-kata yang sering diungkap oleh Cikgu Rosli: Pandai Sejarah, pandai semua...

Saturday, April 3, 2010

Release...














Last night, I went to Padang Kota & Gurney Plaza with Azurin & Fadhli.
It was a long time we did not go out together.
Actually Azurin wanted to take dinner.
Then, our plan changed.
We decided to watch midnight movie at Gurney Plaza.
At Padang Kota, we ate "pasembor" which the price was rm12.00 and rm13.00.
So expensive but we like this food very much.
The price depends to example sausage, fishball, etc. we take.
Then, we went to Gurney Plaza.
Actually we wanted to watch Clash Of The Titans but had front seat only.
I hate sitting in front seat.
My eyes does not comfort to watch near to the screen.
So, we decided to watch How To Train Your Dragon.
The movie actually started at 11.10 p.m. but because of technical problem in cinema 11, all of us had to move to cinema 6.
So bad the management of GSC.
How come they did like this?
We paid a lot of money and what they had done?
I hope this incident will not occur in the future.
How GSC wants to be approved as a prestige cinema in Malaysia?
We had to wait for 35 minutes to watch this movie.
This was my first experience facing this bad incident.
This movie is very interesting.
My tension and stress for praktikum released when watching this movie because has comedy and moral values.
Night Fury is the cutest dragon than other dragon which has ugly faces.
Hiccup has his own effort to catch the dragon by using his thing without killing it.
He is also a responsible for his action by curing Night Fury and feeds it with seafood.
Although he loses his feet, he accepts this bad luck with open minded and strong.
He always tries his own way to make the dragon tame.
We must not think that we are always right in doing something.
We have to ask expert people who know how to solve our problem and ask their opinion.

Have to use allowance wisely! For once in a blue moon it's ok.

Gunalah sebaiknya.....

Pensyarah ada beritahu bahawa sesiapa yang belajar di institut pendidikan guru sangat bertuah kerana elaun diberi.
Mana ada institusi pendidikan lain di seluruh dunia yang memberi elaun kepada guru pelatih. Puan Yew beritahu sesiapa yang hendak menjadi guru di Hong Kong perlu membayar dan apabila hendak ditempatkan di sekolah, perlu mohon dan tidak tahu lagi sama ada dapat ditempatkan di sekolah @ tidak.
Sebagai guru pelatih, marilah kita bersama-sama mengunakan elaun yang diberi kerajaan dengan sebaiknya kerana akan digunakan untuk keutamaan tertinggi seperti makan, minum, beli buku rujukan, kerja kursus, alat tulis dll.
Kalau ada duit lebih, tidak salah kalau hendak makan McD, KFC, Pizza Hut, menonton wayang, karaoke, shopping, dll.
Cuma, terpulang kepada individu itu masing-masing bagaimana untuk mengurus duit yang diperoleh.
Kawan kalau hendak minta sesuatu barang, ok, kita bagi sekali tetapi kalau selalu minta, kita pun rasa tak selesa dan nak marah.
Memang la kita perlu tolong kawan sebab nanti bila susah boleh minta tolong tetapi kalau melibatkan barang-barang seperti kertas A4, sabun basuh kain, kertas mahjung, kad manila dll, perkara ini sangat sensitif.
Kalau berus baju tak pa la sebab lepas pinjam boleh beri balik.
Duit elaun diberi sama rata. Mengapa tidak guna elaun itu sebaiknya?
Di samping itu, elaun yang diberi menyuruh kita belajar bersungguh-sungguh. Adakah kita di kalangan orang seperti itu?
Saya berdoa agar kita semua berada dalam golongan seperti itu.
Amin.

Tepuk dada, tanya iman @ tanya selera.

Orang yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Terima kasih kerana memberi elaun.

Insyaallah, saya akan berusaha setakat yang mampu menjadi guru yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bermula pada tahun 2012 kalau panjang umur.

Praktikum

Apabila mak kata waktu praktikum akan berasa sakit, memang sudah berasa kesakitannya.
Bukan sakit sebab cedera @ badan tidak sihat tetapi sakit sebab kena buat rancangan mengajar, abm dll.
Puan Zowyah pun ada berkata semasa perkhemahan badan beruniform tahun 2009, praktikum banyak dugaannya.
Memang banyak dugaan pun.
Kalau kita menikmati praktikum, akan berasa sekejap sahaja pergi sekolah.
Kalau berasa tidak ada nikmat, bila la praktikum nak habis ni?
Duit pun banyak yang hendak diguna.
Pandai-pandai la nak menguruskannya.
Apabila sudah menempuh kesusahan, kematangan dan serius akan wujud dalam diri menjadikan seseorang itu lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup pada masa akan datang.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Khasiat Cincau (Berita Harian, Selasa, 30 Mac 2010)

Nama Inggeris cincau: grass jelly

Bentuk : Agar-agar yang terhasil dengan merebus rumput @ daun pudina @ pokok
cincau (Mesona Chinensis), bersama-sama kalium karbonat.

Dua jenis cincau : Hijau & hitam

Khasiat : - meredakan panas, sembelit, perut kembung, demam dan diarea
- membersihkan organ pencernaan daripada zat karsonogen yang
menyebabkan kanser.
- bahan ubat
- antikanser

Jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan dan perkembangan otak (Berita Harian, Selasa, 30 Mac 2010)

- Roti
- Minyak (minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage)
- Buah-buahan (anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry, pisang)
- Ulam-ulaman (pegaga, daun saderi, kemangi)
- Ikan tuna
- Telur ayam
- Daging ayam
- Air (air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi)
- Tumbuhan herba (ginkgo biloba)
- Sayur-sayuran (lobak merah, halia)
- Bijirin dan kekacang (badam, walnut, kacang soya, kacang a'das, bili labu, kismis, habbatus sauda)

Solat Camp

Hari : Sabtu
Tarikh: 3 April 2010
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Today, I had to go to school for solat camp.
All muslim pupils from year 1 to 6 participated but still some absent.
I had to facillitate 4 Bestari.
I entered with Li Yett.
I called the pupils one by one by testing them about wuduk.
I asked: What we have to do before praying?.
They answered taking wuduk.
I asked: What do you have to do first?
For washing feet, two pupils answered washing feet until knee.
The actual answer is washing feet until "buku lali".
To me, this was a good experience because this was my second time going to school on Saturday.
Who says a teacher only work from Monday to Friday?
That is totally wrong.
When being a primary school teacher, automatically will be given other subjects which are not our major and minor when learning and studying in teacher's education institute.
This will make the teacher be versatile.
I was so sorry to Zul for waking up late because I slept late last night.
I only had a chance to test all pupils about wuduk and some about surah al-Fatihah because the time was not adequate but as long as I did something about wuduk to them.
Solat camp will be held twice a year.
This penggal 1 once and penggal 2 once.
The more you share, the more you gain.
The most important is before sharing something good to other people, we must have sincere heart without hoping a reward.