Wednesday, April 7, 2010

Selamilah.....

Apabila kita merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh orang lain, barulah kita akan lebih faham dan empati.
Sebagai contoh, saya bertanya kepada kawan: Jom main tenis. Kawan jawab: tak boleh la. sibuk. praktikum.
Apabila saya sendiri menghadapi praktikum, barulah saya tahu bahawa praktikum memerlukan saya buat banyak kerja seperti rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar, dan portfolio.
Berasa macam masa 24 jam tak cukup tapi apakan daya, cikgu sekolah kata: Kenapa pilih nak jadi cikgu?
Tak mengapa.
Lagipun, kenapa ada praktikum?
Nak latih bakal guru bagaimana mengajar dengan baik.
Kalau tak ada praktikum, maknanya semua guru pelatih setiap institut sudah pakar mengajar.
Ada kaunselor sekolah dulu kata masa itu maut.
Memang maut pun.
Apabila praktikum ini, gunalah masa yang sebaiknya.
Kalau tak,......

Thank you very much Dr Tan Poh Keun for giving me ideas and advises for teaching & learning.
Saya diobserve pun kelas murid pandai.
Cuba kalau kelas pertengahan dan belakang, tak tahu la macam mana.
Saya mengaku saya mengajar kelas 3 Bestari yang merupakan kelas murid pandai tetapi saya juga perlu sahut cabaran mengajar kelas tengah dan belakang, barulah versatile tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi. Itulah saya akan belajar perlahan-lahan.
Bukan mudah...
menyusun tangga ke angkasa...
Bukan mudah untuk menjadi guru sekolah kebangsaan.
Perlu layan kerenah murid-murid yang merupakan kanak-kanak.
Suara mesti kuat.
Lepas tu, kena minum air banyak-banyak supaya tekak tidak kering.
Walau bagaimanapun, apabila sudah memilih profesion ini, saya harus minat 100% dan menerima sahaja apa-apa cabaran yang akan ditempuh pada masa akan datang.
Luahan hati ini bukan untuk menakutkan orang luar mengenai karier guru dan adik-adik junior yang ingin menjadi guru tetapi itulah hakikatnya yang perlu ditempuhi dengan tabah dan kuat.
Harus bersedia dari segi mental, fizikal, emosi, dan spiritual seperti dalam FPK.

Guru yang baik ialah guru yang sentiasa belajar hingga ke akhir hayat sama ada formal atau informal. Harap-harap macam itulah. Amin. Insyaallah. Cubalah sebaik mungkin!

No comments:

Post a Comment