Saya ada mendengar keluhan daripada kenalan abah.
Pada suatu ketika, saya telah menghadiri kenduri kahwin kenalan abah.
Abah terserempak dengan kenalannya yang tidak pergi ke kenduri itu.
Rumah kenalan itu di hadapan rumah kenduri tersebut.
Abah saya bertanya pada kenalannya mengapa tidak pergi makan kenduri.
Kenalan berkata: Dia tak panggil aku pun.
Pihak rumah kenduri hanya panggil isteri kenalan abah saya sahaja.
Pengajaran untuk diri saya sendiri: Pada masa akan datang, saya akan memberi kad jemputan dan menulis seperti Daniel dan sekeluarga.
Janganlah jemput macam ini: kak, jemput makan kenduri.
Maksudnya di sini jangan menjemput seorang sahaja.
Kena jemput suaminya sama dan keluarganya...
Perlu lebih khusus.
No comments:
Post a Comment