Berita Harian ada memaparkan di muka hadapan elaun untuk kawasan pedalaman dinaikkan.
Dari RM500.00 kepada RM750.00.
Dari RM1000.00 kepada RM1250.00.
Bagi orang tidak mengetahui, walaupun elaun khas ini banyak disediakan untuk guru, sebenarnya duit ini digunakan untuk menyewa bot dll.
Jangan ingat guru yang mengajar di pedalaman dapat percuma.
Mereka guna duit itu.
Bagi yang cemburu dengan kerjaya guru, janganlah cemburu kerana tugas sebagai guru sangat berat.
Sebelum dapat menghasilkan bakal doktor, jurutera, arkitek dll, guru perlu mengajar mereka dahulu di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Kalau guru menyampaikan ilmu yang baik, betul dan berguna untuk murid-muridnya, dapatlah mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading, seterusnya dapat menghasilkan individu yang berkerjaya yang lebih hebat daripada guru dan menjadi aset yang berharga untuk kemajuan negara kita.
No comments:
Post a Comment