Pensyarah ada beritahu bahawa sesiapa yang belajar di institut pendidikan guru sangat bertuah kerana elaun diberi.
Mana ada institusi pendidikan lain di seluruh dunia yang memberi elaun kepada guru pelatih. Puan Yew beritahu sesiapa yang hendak menjadi guru di Hong Kong perlu membayar dan apabila hendak ditempatkan di sekolah, perlu mohon dan tidak tahu lagi sama ada dapat ditempatkan di sekolah @ tidak.
Sebagai guru pelatih, marilah kita bersama-sama mengunakan elaun yang diberi kerajaan dengan sebaiknya kerana akan digunakan untuk keutamaan tertinggi seperti makan, minum, beli buku rujukan, kerja kursus, alat tulis dll.
Kalau ada duit lebih, tidak salah kalau hendak makan McD, KFC, Pizza Hut, menonton wayang, karaoke, shopping, dll.
Cuma, terpulang kepada individu itu masing-masing bagaimana untuk mengurus duit yang diperoleh.
Kawan kalau hendak minta sesuatu barang, ok, kita bagi sekali tetapi kalau selalu minta, kita pun rasa tak selesa dan nak marah.
Memang la kita perlu tolong kawan sebab nanti bila susah boleh minta tolong tetapi kalau melibatkan barang-barang seperti kertas A4, sabun basuh kain, kertas mahjung, kad manila dll, perkara ini sangat sensitif.
Kalau berus baju tak pa la sebab lepas pinjam boleh beri balik.
Duit elaun diberi sama rata. Mengapa tidak guna elaun itu sebaiknya?
Di samping itu, elaun yang diberi menyuruh kita belajar bersungguh-sungguh. Adakah kita di kalangan orang seperti itu?
Saya berdoa agar kita semua berada dalam golongan seperti itu.
Amin.
Tepuk dada, tanya iman @ tanya selera.
Orang yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Terima kasih kerana memberi elaun.
Insyaallah, saya akan berusaha setakat yang mampu menjadi guru yang cemerlang, gemilang, dan terbilang bermula pada tahun 2012 kalau panjang umur.
No comments:
Post a Comment