Saturday, April 3, 2010

Praktikum

Apabila mak kata waktu praktikum akan berasa sakit, memang sudah berasa kesakitannya.
Bukan sakit sebab cedera @ badan tidak sihat tetapi sakit sebab kena buat rancangan mengajar, abm dll.
Puan Zowyah pun ada berkata semasa perkhemahan badan beruniform tahun 2009, praktikum banyak dugaannya.
Memang banyak dugaan pun.
Kalau kita menikmati praktikum, akan berasa sekejap sahaja pergi sekolah.
Kalau berasa tidak ada nikmat, bila la praktikum nak habis ni?
Duit pun banyak yang hendak diguna.
Pandai-pandai la nak menguruskannya.
Apabila sudah menempuh kesusahan, kematangan dan serius akan wujud dalam diri menjadikan seseorang itu lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup pada masa akan datang.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

No comments:

Post a Comment