Friday, April 9, 2010

Puradan

Sejenis racun yang digunakan untuk membunuh haiwan yang memberi masalah kepada kita.
Sebagai contoh, pada hari yang lepas, abah membeli puradan.
Dia masukkan puradan ke dalam ikan dan letak di atas tanah.
Apabila biawak bau ikan itu dan terus makan, biawak itu mati serta-merta.
Apabila biawak yang besar mati, aduhai, baunya....
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Bau bangkai kalau dibiarkan lama-lama, melarat nanti.
Kita pun tak boleh nak hidup dengan selesa.
Nak tanam biawak yang besar pula, penat nak kena cari tanah.
Nasib baik mati dekat tempat yang hendak ditanam.
Kalau tidak, jenuh nak tarik bangkai biawak ke tempat yang hendak ditanam.
Masalah utama di sini ialah biawak suka mencuri dan makan telur angsa.
Sebab itulah abah membeli puradan.

Janganlah kita menyalahgunakan puradan untuk racun orang semata-mata kerana marah, geram, cemburu, iri hati, dengki, hasad dan sebagainya.

Cuma sekadar untuk membunuh makhluk perosak sahaja.

Orang Siam ada yang makan biawak.
Kalau teringin, datanglah dekat rumah saya dan tangkap biawak jahat itu.
Biawak pun nak hidup juga.
Apabila sudah tiada makanan, telur angsa pun dia nak sebat.
Aduhai...

No comments:

Post a Comment